April 20, 2015

Kemalangan Di Batu 6 Segari, Pantai Remis

Assalamualaikum readers


Manjung: Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas kereta dipandunya berlanggar dengan sebuah treler di Batu 6, Segari, Pantai Remis, di sini.

Dalam kejadian 7.45 pagi tadi itu, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Saga tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis Abd Latif Ahmad Nawawi berkata, pihaknya menerima panggilan pada 8 pagi dan sebaik tiba mendapati mangsa tersepit di dalam kereta dipandunya.

Katanya, pihaknya terpaksa memotong kereta berkenaan bagi mengeluarkan mangsa sebelum menyerahkan kepada anggota polis untuk tindakan selanjutnya.

"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Manjung untuk dibedah siasat," katanya.

Sumber daripada myMetro

Kejadian ni baru sesangat berlaku masa aku on the way balik Taiping sabtu lepas . Masa tu polis n bomba pon tak sampai lagi .

N yes ! Masa aku lalu tu memang nampak mayatnya tersepit n berlumuran darah .
Inna Lillahi Wa Inna Ilahi Raji'un ~

Lagi sedih baca pasal luahan maknya TAK SEMPAT KAHWIN :'(

Thanks & Best Regards ,

0 Criticism:

 

Copyright © p i n k v e l v e t. Designed by Whitey Mommy