April 23, 2015

Yeay! Kekal Hak Keluar Caruman KWSP Pada 55 Tahun

Assalamualaikum readers

KUALA LUMPUR: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kekal hak untuk mengeluarkan caruman pada usia 55 tahun, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Beliau berkata, sebarang perubahan hanya terpakai jika ahli memutuskan untuk bekerja melepasi usia 55 tahun. 

Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan Invest Malaysia 2015 di sini, sebentar tadi. 

Perdana Menteri berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan lebih 50,000 pencarum yang menyertai proses rundingan dalam talian sepanjang tempoh dua hari. 

Beliau berkata, KWSP akan memastikan sebarang penambahbaikan hanya akan terpakai kepada caruman baharu membabitkan ahli yang berhasrat menyambung perkhidmatan selepas umur 55 tahun. 

"Kerajaan sentiasa mendengar pandangan daripada rakyat. Adalah jelas majoriti ahli KWSP walaupun memahami kepentingan simpanan persaraan pada umur 60 tahun mahu mereka diberikan hak untuk menggunakan dana persaraan pada umur 55 tahun," katanya.

Sumber drpd BERITA HARIAN ONLINE

Alhamdulillah ! Lega rasanya utk kita² yg takda skim pencen ni , hehe ~

Thanks & Best Regards ,

3 Criticism:

Munirah Rafiuddin said...

harap-harap bukan omong kosong r...
duit tu hak empunyanya, nape lah pihak-pihak 'bijak pandai' ni perlu nak sekat...

~Admin : QasehMuslimah-Munirah~
http://qasehmuslimah-munirah.blogspot.com

kak syah said...

ye itu yang diharapkan..

kucen master said...

memang lega kan.orang nak pakai duit cepat.dia nak tangguhkan

http://kucenmaster.blogspot.com/2015/04/pengeluaran-duit-kwsp-kekal-pada-umur.html

 

Copyright © p!nk veLvet. Designed by Whitey Mommy