September 1, 2016

Bersauna Di Rumah

Assalamualaikum readers

Woot ~ Woot ~

Minggu lepas iols baru lepas sambar portable sauna kat lazada #DemimuKurus :p


Kebetulan tengah offer time tu , RM245 dapat portable steam sauna tent , evaporator , foldable chair , wooden foot massager , steam herbal , essential oil n hot slimming cream

Pastu dapat pulak lagi voucher LAZADA RM50 + RM12.25 , memang hip-hip hoorey je lah aku jawabnya :D

Actually sauna ni bagus tau , bukan utk kurus je semata

Menggantikan aktiviti berjogging dan bersenam.
Membakar lemak dari luar dan menurunkan berat badan secara teratur.
Menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin.
Menyingkirkan toksik badan melalui peluh.
Mengurangkan sinus/resdung dan jerawat.
Membersihkan kulit dan kelihatan segar, halus dan licin.
Menghaluskan kulit. (Tips menghaluskan kulit, lakukan lulur/scrub badan selepas anda bersauna. Hasilnya kulit anda akan bertambah halus dan gebu.)
Menghilangkan kesakitan sendi, arthritis, urat dan sengal-sengal badan.
Membantu masalah sukar tidur.
Menjadikan badan terasa lebih ringan dan bertenaga.
Sangat baik untuk wanita yang baru lepas bersalin bagi menggantikan tangas
Meningkatkan kadar metabolisme.
Bersauna selama 15 minit membakar 400-600 kalori. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori.

Pengalaman aku bersauna selama 2 hari , tapi aku mampu buat 15 minit je lah , panas weyyy , itupon dah tiktiktik peluh macam air hujan tau , haha..! Hasilnya , I've loss 1kg , yeayyy :)

Ehh , tapi exercise tetap kene buat tau , itu bagus utk jantung . Macam aku sblm pergi kerja wajib exercise dulu {Refer LINK ni} , belah malam baru sauna

Semoga jarum penimbang semakin kekiri lepas ni , Aminnn . Hikhik..!

Progress so far :
21/03/16 : 70kg
01/09/16 : 56kg

Thanks & Best Regards ,

7 Criticism:

safurara said...

Wei serius ke ko 56 kg??? weiii mcm kalah je zaman anak dara ni, jelesnyaaaa, nt jd cikgu aku tauuuu!

sitirohaida said...

syoknya dapat bersauna kat rumah je..kalau kat luar,mahal jugak bayarannya..kat rumah suka hati kita nak berapa jam pun dalam sauna..

y i e n said...

@safurara Haha.. X layak wey nak jadi tok guru lagi.. 56kg tp mcm 65kg jugaq.. Masalah rangka besar *sobs*

norhidana said...

wah3... lps nih lg banyak turun lah nih dh bersauna pulak kt umah

mrs kayrul said...

Macam2 dapat ko beli sauna tu..untungnya

al-lavendari said...

saya pun ada sebiji .. tapi masalahnya saya tak istiqmah menggunakannya.

Alia Farhan said...

Wah bestnyaaaa....
Kita pun nak cari la nanti

 

Copyright © p i n k v e l v e t. Designed by Whitey Mommy