November 16, 2016

Izz Iman Rania Turns 2

Assalamualaikum readers

Semalam , 15 November 2016 , my princess , Izz Iman Rania dah genap 2 tahun .


Cepatnya masa berlalu . Rasa macam baru semalam je beranakan dia tau *sobs* [Throwback Bersalin Izz Iman Rania]

Macam biasa , celebrate kite² je . Beli kek yg dah siap punya , suruh tulis nama , letak bear seketui n done..! Hikhik ~




Budak excited . Selalu tengok kawan² kat nursery dia celebrate birthday , so dia dah tau cemane nak tiup lilin n cemane nak potong kek , haha..!

Birthday gift :)

Perkembangan 2 tahun ni ...

πŸ‘‰ cakap dah bole faham , ehhh ke aku je yg paham tak tau lah pulak kan , hikhik..!
πŸ‘‰ kuat merajuk
πŸ‘‰ sukeeeee sangat menyakat abgnya sampai nangis , pffttt..!
πŸ‘‰ dah pandai baca doa makan sampai habis
πŸ‘‰ dah pandai baca 1-10
πŸ‘‰ suke cop ayahnya a.k.a mamanya sila ketepi :'(
πŸ‘‰ kuat membebel
πŸ‘‰ suke makan pedas tapi bukan yg terlalu pedas
πŸ‘‰ bercinta nak suruh habiskan nasi :'(
πŸ‘‰ agaq lasak berbanding abgnya , phewww ~
πŸ‘‰ bole histeria kalau lalu kedai bebear , haha..!
πŸ‘‰ sangat suka baby :)

Erm ... Ape lagi erk ? Ntah , aku pon dah lupe , haha..!

Semoga membesar dengan sihat , jadi anak yg solehah , berjaya dalam hidup n sentiasa di bawah lindungan n keberkatan-Nya sayang , Amin Amin Amin ~~~

p/s : esok b'day maknya pulak , ehhh #SajeBagitau :p

Thanks & Best Regards ,

November 10, 2016

Online Revolution Lazada 2016 | 11 Nov - 14 Dec

Assalamualaikum readers

“Online Revolution” Lazada adalah acara menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama , peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara

Tema untuk jualan “Online Revolution” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All) yang akan menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia

Antara jenama yang akan turut menyertai acara “Online Revolution” pada tahun ini termasuklah Drypers , L'OrΓ©al , NestlΓ© , Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet , Microsoft , ZTE , Goon , Bosch , Tesco , Mattel , Sports Direct , dan pelbagai lagi

"Parcel Of Joy" from #LZDMYRevolution :)

Acara selama sebulan ini yang akan bermula dari 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016 adalah jualan “Online Revolution” yang kelima semenjak pelancarannya pada 2012



So korang yg kaki shopping tu make sure jangan lepaskan peluang ni . Please save the date from 11 Nov 2016 to 14 Dec 2016 untuk melawati website Lazada Online Revolution Sale ni ok [LINK]


Tak sabar tunggu esok nak spin wheel tu , kot² ade rezeki kan , woot woot ~~

Jom reramai kite serbu website Lazada Online Revolution Sale ni esok :)

Thanks & Best Regards ,

November 8, 2016

Review Body Scrub and Foot Soak | PureBySafiyyahOsman

Assalamualaikum readers

Dah lama aku dok usha² pasal produk PureBySafiyyahOsman ni . Founder pon seorg blogger jugaq tau [Safiyyah Osman. Produk yg 100% berasaskan bahan natural dan organik tanpa sebarang bahan kimia dan pengawet .

Ianya Homemade and Handcrafted Product tau . Bebas pewarna dan bebas pewangi tiruan . Semestinya HALAL dan MESRA SOLAT :)

Alhamdulillah diberi kesempatan utk mencuba sendiri kehebatan produk PureBySafiyyahOsman ni . Antara produk tu adalah Organic Detox Body Scrub - Lavender Me dan Foot Soak Lavender - Chamomile


♥ Organic Detox Body Scrub - Lavender Me 


Dihasilkan daripada gula tebu organik dan garam detox , diadun dengan bunga lavender kering yang terpilih , minyak zaitun dan madu asli yang berupaya memelihara kulit serta melembabkan kulit

Fungsi :
- Sangat sesuai untuk kulit badan yang tidak terlalu kering , tidak terlalu berminyak , 
  kurang tidur & stress.
- Menghilangkan bau badan.
- Mencerahkan kulit dengan cara membuang sel kulit mati.
- Melembabkan kulit tanpa perlu menggunakan pelembab.
- Berfungsi untuk mendetox keseluruhan badan.
- Melancarkan peredaran darah.

Cara penggunaan :
1. Basahkan badan.
2. Lumur susa detox scrub ke seluruh badan atau bahagian y diingini.
3. Bilas dengan air bersih tanpa menggunakan sabun.

Pengalaman sendiri :
Memang dah jatuh cinta sangat² dgn scrub ni . Masa tonyoh² kat badan tu alahaiii sedapnya . Teksturnya tu macam terus meresap dalam kulit n jadi macam oily sikit . Tapi lepas bilas terus yg oily tu jadi macam moisturizer pulak . Lembutnya alahaiii , sedap je dok belai² kulit sendiri sehari suntuk , hehe..! Pastu nampak mcm kulit tu cerah sikit banding dgn yg sebelum scrub tu tau . Ehh , ke perasaan sendiri je ntah , haha..!

Bukti scrub tu terus meresap dalam kulit n bertukar menjadi moist =)

♥ Foot Soak Lavender - Chamomile 


Dihasilkan daripada garam detox serta garam mineral semulajadi ditambah lavender dan chamomile . Kesan dapat dirasa dengan hanya sekali penggunaan.


Fungsi :
- Menghilangkan dan merawat masalah kaki berbau & kuat berpeluh.

- Menghilangkan lenguh-lenguh pada kaki dan tapak kaki.

- Mendetox badan melalui kaki.

- Menggantikan kandungan garam yang hilang dari badan.

- Melancarkan peredaran darah keseluruh badan.

-Mengeluarkan lebihan angin didalam badan.

- Merawat tumit yang merekah.

- Merawat masalah kuku dan jadikan kuku lebih sehat.


Cara penggunaan :
1. Isi air suam melebihi buku lali atau paras betis dalam basin.

2. Masukkan 2-3sudu kecil foot soak ke dalam basin.

3. Rendamkan kaki selama 10-15minit.

4. Bilas bersih.


Pengalaman sendiri :
Ok..! Yg ni super best utk merawat masalah tumit kaki merekah aku tu . Pakai dalam 2 kali gitu je pon dah nampak hasil tau . Tumit nampak molek sikit dah , soft je . Pastu setiap kali aku rendam kaki aku , aku perasan malam tu confirm aku tido lena gila² n takde pon rasa lenguh² kat kaki tau . Best best best..!



Thanks husband sebab sanggup jadi model tak berbayar iols utk post ni , hikhik..! :P

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 



So , korang yg berminat bole dapatkan info / produk PureBySafiyyahOsman ni melalui :

Contact No | +60194163319

ANDA BERPELUANG MEMENANGI IPHONE 7 & IPHONE 6 DENGAN PEMBELIAN MANA² PRODUK PBSO MELEBIHI RM30 DALAM 1 RESIT DAN SETERUSNYA MELAYAKKAN ANDA MENYERTAI LUCKY DRAW GUNA & MENANG [INFO LANJUT]

Thanks & Best Regards ,

October 27, 2016

Current Favorite Perfume :)

Assalamualaikum readers

Zaman anak dara dulu aku memang pencinta perfume tau . Setiap kali keluar rumah WAJIB sembur perfume dulu :b

Tapi time mengandung #NazeefMuslim dulu memang padan muka sangat . Langsung tak bole bau satu perfume pon

Bukan perfume aku je tau . Bau perfume org lain pon aku nak muntah . Tak kisahlah bau ape pon , semua pon nak muntah , haha..!

Paling malang , alah tu terbawak² pulak sampai sekarang , dah nak masuk 4 tahun dah ni , haha..!

Tapi takde la sampai tahap nak muntah , just akan mengundang moody sepanjang hari sebab pening overdose :P

Maka secara jujurnya aku memang tak pakai ape² perfume dah sekarang . Pakai deodorant je , haha..!

Tup² semalam my uncle yg baru balik dari mekah kasi gift perfume ni pulak ...


Ingatkan bakal mengundang moody seharian jugaq , rupanya tak ye..!

Baunya memang sedappp sangat . Very soft . Teruja sekejap aku sebab dah lama tak pakai wangi² ni , haha..!

Tulis kat botol ni Made By Al-Rehab (3ml) code SOFT . Semestinya Alcohol FREE :)

Thanks & Best Regards ,

October 26, 2016

Selamat Tinggal Wahai Sony Xperia Z

Assalamualaikum readers

Dah genap setahun rupanya aku setia dengan Sony Xperia Z (refer entry SINI)

So far memang takde masalah , cumanyaaaa aku lagi berkenan camera Sony Xperia Z1 Compact milik lakiku , kahkah ~

Since dia berhasrat MAYBE nak upgrade phone ke Z1 (bukan compact) or Z2 , so aku ambiklah phone dia tu :)

So , aku nak lepaskan Sony Xperia Z aku ni dengan harga RM460 *nego



-Condition 9/10
-5.0 inches LCD
-13.1 MP primary camera (ade titik dot hitam sikit)
-2.2 MP front camera
-Battery 2300 mAh
-RAM: 2 GB
-Flash memory: Up to 16 GB


FREE :
-8GB memory card
-Bateri baru tukar 2 bulan
-Tempered glass


RM460 *nego
COD : Sitiawan / Manjung / Lumut / Taiping

PM/Whatsapp : 017-560 7507 (Khairul)


Thanks & Best Regards ,

October 20, 2016

Radio Digital Al-Quran

Assalamualaikum readers


Dah lama sebenarnya dok aim nak beli radio digital A-Quran ni . Alhamdulillah tercapai jugaq hajat tu semalam :)

Bukan ape , senang nak bawak dlm kereta . Al-maklumlah kereta jenis old fashion , takde tempat cucuk usb , hikhik..!

Dulu kitorg suka beli mp3 player yg utk kereta tu . Masalahnya tak sampai sebulan dah hancur tau . Pastu beli lagi dan lagi , sudahnya tetappp gitu jugaq , pffttt..!

Best tau radio ni . Ade 811 perisian (8GB memori) . Ade bacaan surah , terjemahan , ayat ruqyah , ceramah , zikir , nasyid , doa n so on


Bole jugaq dijadikan radio fm biasa . Radio ni pakai bateri li-ion 5C yg bole dicas semula pakai usb . Memang puas hati sangat 

Thanks & Best Regards ,

October 19, 2016

Bersauna Kat Dalam Office

Assalamualaikum readers

Kemain kau tajuk , bersauna kat dlm office , haha..!

Padehal hakikatnya aircond rosak dah 2 hari , kemain menggelupor kitorg kepanasan kat office ni *sobs*

Dah panggil org datang check , tp ntah la , tak muncul² lagi sampai sekarang :'(


Ni lah office aku . Memang sedih sikit rupanya , haha..! Tapi sinilah tmpt aku dok cari makan almost 7 thn lebih dah , Alhamdulillah :)


Naseb baiklah kat meja aku memang dah ade table fan ni . Bolelah rasa sejuk² manja sikit =b

Actually kan , table fan ni aku beli time mengandung dulu . Org mengandung kan tahap kepanasan dia lain sikit , hikhik..!

Mohon org aircond datang cepat sikit sebelum hilang 2-3 kilo lagi hasil bersauna kat office ni . Ehh , tapi best jugaq tu kan ? Haha..! Okbai ~

Thanks & Best Regards ,

October 18, 2016

Rezeki Jawab Terlampau Jujur :P

Assalamualaikum readers

Aritu aku sesaje join satu contest ni kat FB . Soalan contest tu ...

"KENAPA PEREMPUAN SUKA CANTIK" ?

Nak tau aku jawab ape ? Meh baca sini ...


Jangan kecam sis ye..! Sis cuma jawab ikhlas drpd hati je , haha..!

Berkat aku jawab terlampau jujur tu makanya bole menang pulak , Alhamdulillah =)


Menang hadiah trial pack Orange Sleeping Mask (OSM) by Norafurla 2 ketui

Katanya OSM ni :

Orange Emoticon Keberkesanan dengan sekali penggunaan
Orange Emoticon Lulus KKM & selamat digunakan
Orange Emoticon Mudah disapu dan cepat meresap ke dalam kulit
Orange Emoticon Boleh digantikan dengan night cream

Benefit OSM :

Index finger Mengurangkan tanda penuan
Index finger Menghilangkan eyebag
Index finger Menghilangkan sembap muka
Index finger Memudarkan jeragat
Index finger Meningkatkan kelembutan pada kulit
Index finger Kulit terasa anjal
Index finger Kulit lebih licin dan gebu
Index finger Makin berseri dan glowing

1st time ni nak try produk norafurla . Harapnya berkesanlah ye . Yg aku sure baunya memang wangi sangat² , bau pure oren . Rasa nak makan je #Ehhh :P

Ade jugaq dok usha² mascara douya dia yg super power tu , nampaknya macam nak kene try jugaq tu nanti , hehe..!

Kalau korang berminat nak dapatkan produk norafurla ni bole direct contact Ummi ye :)

Thanks & Best Regards ,

October 17, 2016

Bebelan Pagi Isnin

Assalamualaikum readers


2 minggu weyyy..! 2 minggu pura² macam takde blog tanpa perasaan bersalah , haha..!

Currently mood nak berblogging dah kelaut sebenarnya sebab dok ralit sangat layan drama korea . Ni pon tengah dok layan Secret Love


Berape kotak tisu nak kene habiskan kan ni sambil tengok cerita ni ? *sobs*

Ramai cakap sebenarnya drama ni sama macam drama melayu Patahnya Sebelah Sayap . Betul ke tak itu aku tak sure sebab aku tak tengok :)

Oklah , nak sambung nonton . Nanti ade idea , aku update blog ok ? Tapi taktau lah pulak bila NANTI tu , hikhik..!

Thanks & Best Regards ,

September 27, 2016

#JalanJalan : Pulau Pangkor 2016

Assalamualaikum readers

Minggu lepas tetibe rasa macam nak pergi holiday tido hotel bawak anak²

Paling senang n paling budget adalah PULAU PANGKOR , haha..! Sebab ape ? Sebab 10 minit je dari rumah aku nak pergi jetty marina n another 10 minit terus sampai pangkor :)


Ye..! Ramai yg still tak tahu . Kalau nak pergi pangkor better naik kat jetty MARINA ISLAND [LINKsebab 10 minit je dah sampai pangkor . Kalau drpd jetty lumut mmg tumpo , 40 minit gitu baru sampai , pffttt..!

Tiket pergi balik dewasa RM10 , kanak² atas 4thn RM5 . Time ferry dia gerak senang je , drpd marina ke pangkor pakai angka genap dari pukul 8am , 9am , 10am n so on sampai 8pm . Kalau nak balik pulak angka 8.30am , 9.30am , 10.30am sampai 7.30pm :)


Anak aku ni memula excited kemain , sekali bot sampai dedua pon penakot , kahkah..!

Macam biasa , kalau sebut je nak bermalam kat pulau pangkor memang kitorg akan pilih Puteri Bayu Beach Resort kat Pasir Bogak . Actually area Teluk Nipah pon ok , tempat lepak n makan banyak pilihan , tapi crowded sangat . I is cepat runsing :P

Kitorg check-in Ahad . Memang pergi gamble je , takde booking² pon sebab dah tahu mesti tak ramai org , haha..! Ambik standard room RM140 1 malam inc b'fast . Gambar hotel memang malas nak ambik , tapi pernah review kat post sebelum ni [LINK]


Seperti dijangka , memang tak ramai org . Makanya mari buat pool ni macam kami yg punya , haha..! Maknya ABC , kalau tak dah lama terjun sekali , kahkah..!


Habis pool kita ke pantai pulak . Actually anak² aku ni penakot tau . Suruh mandi pool pon takut . Bawak pergi pantai lagilah dorang taknak , siap ajaq balik rumah . Ko rasa ? Urut dada je maknya ni tau , haha..!

Dah agaq 'panas enjin' sikit barulah Nazeef mau mandi pool n pantai , tp dia lagi prefer pool dari pantai . Aku syak dorang takut bunyi ombak tu kot . Rania memang nan-hado je lah , baik pool ke pantai semua pon dia taknak , pffttt..!


Malam tu pergi makan area situ² jugaq pastu round² naik motor . Owh btw , kitorg sewa motor , RM25 per day . Kalau nak sewa kereta RM80 per day . Kalau taknak sewa pon bole , ade je van dorang sediakan , tapi RM10 per kepala :P


Esoknya pepagi lagi kitorg dah cabut . Pukul 12 dah selamat ade kat rumah , haha..! Ye la , memang niat nak pergi holiday je , bukan nak shopping or jenjalan kannss . Lagipon kitorg memang org sini :)


Tanya bebudak ni , nak pergi lagi tak pangkor ? Nak naik bot lagi tak ? Dorang cakap "TAKNAK" , haha..!

Thanks & Best Regards ,

September 19, 2016

#JalanJalan : Pusat Pengurusan Penyu Segari

Assalamualaikum readers

Semalam on the way balik drpd Taiping umah mertua aku , kitorg singgah jap kat pusat pengurusan penyu segari

Tapi sekarang dah tak panggil PUSAT PENGURUSAN PENYU lagidah tau , panggil PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU


Kalau ikutkan waktu melawatnya pukul 10am sampai 12.30pm je , pastu sambung balik pukul 2pm sampai 5pm

Tapi semalam kitorg sampai sana ngam² pukul 12.30pm , sajelah nak cuba naseb kan , rupanya memang tak tutup pon , taktau la sebab cuti sekolah ke ape kan :)



Besar² penyunya , yang paling besar ade kat tengah² kolam tu , statik je dia kat situ macam batu , haha..!

Kids memang enjoy . Tapi takut² jugaq tu . Nazeef siap menjerit nak turun time penyu tu berenang dekat kitorg pastu penyu tu keluarkan kepala time ambik nafas kot *KOT JE TAU , HEHE..!


Next InsyaAllah kita pergi zoo pulak ye kids ;-)

Thanks & Best Regards ,

September 14, 2016

1st Time Layan Cerita Zombie

Assalamualaikum readers

Memandangkan sekarang tengah HOT sana sini org dok cakap pasal movie ni ...

Train To Busan

Makanya ahkak pon taknak lah ketinggalan

Ahkak tengok online saje [LINK] . Kalau tetibe link ni tak bole bukak ko jangan salahkan ahkak ye , maybe dah kene block letewww :P

Thanks kat korang yg sudi share link tu sebab kalau nak harap ahkak pergi wayang memang jauh sekali , dah berzaman dah pon tak jejak kaki kat wayang *sobs*

Nak tunggu tayang kat astro first pulak lagi sadis sebab rumah ahkak dah lama say goodbye kat astro , hikhik..!

So far movie ni memang recommended sangat . Tak seram tapi debor dia lain macam . Sedihhh of coz :'(

Owhhh , mengundang carutan pon ye jugaq dekat si tua yg selfish tu , haha..!

Bole tengok trailer dia kat sini ...


Thanks & Best Regards ,

 

Copyright © p i n k v e l v e t. Designed by Whitey Mommy