November 8, 2016

Review Body Scrub and Foot Soak | PureBySafiyyahOsman

Assalamualaikum readers

Dah lama aku dok usha² pasal produk PureBySafiyyahOsman ni . Founder pon seorg blogger jugaq tau [Safiyyah Osman. Produk yg 100% berasaskan bahan natural dan organik tanpa sebarang bahan kimia dan pengawet .

Ianya Homemade and Handcrafted Product tau . Bebas pewarna dan bebas pewangi tiruan . Semestinya HALAL dan MESRA SOLAT :)

Alhamdulillah diberi kesempatan utk mencuba sendiri kehebatan produk PureBySafiyyahOsman ni . Antara produk tu adalah Organic Detox Body Scrub - Lavender Me dan Foot Soak Lavender - Chamomile


♥ Organic Detox Body Scrub - Lavender Me 


Dihasilkan daripada gula tebu organik dan garam detox , diadun dengan bunga lavender kering yang terpilih , minyak zaitun dan madu asli yang berupaya memelihara kulit serta melembabkan kulit

Fungsi :
- Sangat sesuai untuk kulit badan yang tidak terlalu kering , tidak terlalu berminyak , 
  kurang tidur & stress.
- Menghilangkan bau badan.
- Mencerahkan kulit dengan cara membuang sel kulit mati.
- Melembabkan kulit tanpa perlu menggunakan pelembab.
- Berfungsi untuk mendetox keseluruhan badan.
- Melancarkan peredaran darah.

Cara penggunaan :
1. Basahkan badan.
2. Lumur susa detox scrub ke seluruh badan atau bahagian y diingini.
3. Bilas dengan air bersih tanpa menggunakan sabun.

Pengalaman sendiri :
Memang dah jatuh cinta sangat² dgn scrub ni . Masa tonyoh² kat badan tu alahaiii sedapnya . Teksturnya tu macam terus meresap dalam kulit n jadi macam oily sikit . Tapi lepas bilas terus yg oily tu jadi macam moisturizer pulak . Lembutnya alahaiii , sedap je dok belai² kulit sendiri sehari suntuk , hehe..! Pastu nampak mcm kulit tu cerah sikit banding dgn yg sebelum scrub tu tau . Ehh , ke perasaan sendiri je ntah , haha..!

Bukti scrub tu terus meresap dalam kulit n bertukar menjadi moist =)

♥ Foot Soak Lavender - Chamomile 


Dihasilkan daripada garam detox serta garam mineral semulajadi ditambah lavender dan chamomile . Kesan dapat dirasa dengan hanya sekali penggunaan.


Fungsi :
- Menghilangkan dan merawat masalah kaki berbau & kuat berpeluh.

- Menghilangkan lenguh-lenguh pada kaki dan tapak kaki.

- Mendetox badan melalui kaki.

- Menggantikan kandungan garam yang hilang dari badan.

- Melancarkan peredaran darah keseluruh badan.

-Mengeluarkan lebihan angin didalam badan.

- Merawat tumit yang merekah.

- Merawat masalah kuku dan jadikan kuku lebih sehat.


Cara penggunaan :
1. Isi air suam melebihi buku lali atau paras betis dalam basin.

2. Masukkan 2-3sudu kecil foot soak ke dalam basin.

3. Rendamkan kaki selama 10-15minit.

4. Bilas bersih.


Pengalaman sendiri :
Ok..! Yg ni super best utk merawat masalah tumit kaki merekah aku tu . Pakai dalam 2 kali gitu je pon dah nampak hasil tau . Tumit nampak molek sikit dah , soft je . Pastu setiap kali aku rendam kaki aku , aku perasan malam tu confirm aku tido lena gila² n takde pon rasa lenguh² kat kaki tau . Best best best..!



Thanks husband sebab sanggup jadi model tak berbayar iols utk post ni , hikhik..! :P

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 



So , korang yg berminat bole dapatkan info / produk PureBySafiyyahOsman ni melalui :

Contact No | +60194163319

ANDA BERPELUANG MEMENANGI IPHONE 7 & IPHONE 6 DENGAN PEMBELIAN MANA² PRODUK PBSO MELEBIHI RM30 DALAM 1 RESIT DAN SETERUSNYA MELAYAKKAN ANDA MENYERTAI LUCKY DRAW GUNA & MENANG [INFO LANJUT]

Thanks & Best Regards ,

2 Criticism:

Normi Nieza said...

good review..:)

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak. Wahh bestnya. Teringin gak nak pakai produk pia ni. Scrub dia nampak best je. Hehehe

 

Copyright © p!nk veLvet. Designed by Whitey Mommy