August 27, 2015

Freebies #01 : TruCare Toothpaste

Assalamualaikum readers

Nowdays kemain aktif aku mencari online freebies . Setiap hari ade je abg posmen sampai depan pintu rumah bawak benda²  FREE ni , haha ... !

Freebies first yg sampai kat tangan aku adalah TruCare Toothpaste



Selalunya kalau freebies ni dorang kasi yg jenis sampler je . Tapi kali ni yg besar terus dorang hantar . TQ ... TQ ! Hikhik ~

"TruCare's Nano Silver Toothpaste (MOH Registration - NOT13041983K) is the ultimate all-in-one oral care solution that contains Ag+ RapidHeal Factor. Ag+ is known to heal ulcers, gum aches and sore throats within just a few days' use and helps combat microbes and pathogenic organisms that cause bad breath.

Used regularly, it will help accelerate the healing process of ulcers and other oral problems resulting in not only a fresher breath, but also rids your mouth of potentially harmful bacteria"

Best jugaq pakai ubat gigi ni . Wangi n fresh je mulut thumbs up

Kalau korang nak try jugaq freebies ni , isi form kat SINI ye =)

Thanks & Best Regards ,

August 25, 2015

Sambil Riadah, Sambil Exercise Gituwww =)

Assalamualaikum readers

Lepas dah ada anak ni , aku macam takde langsung exercise patotlah gemokkk

Memula kawen dulu kemain laki-bini semangat pergi jogging kat padang . Tapi bila dah ada anak , semua pon kelaut , pffttt ... !

Ehh ... ! Yg kelaut tu aku je sebenarnya sebab husband tetap cari aktiviti sihat lain pulak ...

Mountain Bike

Tapi tu lah , dia je lah yg sihat . Aku ni BERTAMBAH SIHAT lah gamaknya , hikhik ... !

No ! No ! No ! Tak bole jadi ni . Mana aci sihat sensorg kannn . Pikir punya pikir , inilah solutionnya ...

#AbaikanSiObesitiBelahKananItewww =P

Beli folding bike sorang satu , letak kids carrier sorang satu , angkut anak n marilah kita sihat sesame . Sambil riadah , sambil exercise gituwww , hikhik ... ! peace sign

Yg husband punya folding bike tu beli lama dah . Beli kat kedai basikal area sini je . Carrier Rania tu pulak beli 2nd hand je kat MUDAH.MY

Yg aku punya ni + carrier Nazeef beli online kat ...


Hari ni order , esok dah sampai pakai service GDex . Trusted Seller thumbs up


Thanks & Best Regards ,

August 21, 2015

Photobook FREE lagi =)

Assalamualaikum readers

Haritu terbaca pasal FREE 8" x 6" SOFTCOVER PHOTOBOOK kat FREEBIESLAND.MY


Haruslah lelaju pegi redeem sebab sebelum ni pon dah pernah buat utk Nazeef [LINK]

Kali ni mari kita buat utk Rania pulak . Dah tu time FREE ni je lah peluangnya nak print gambar dorang pon kannn , hikhik ... !


Memang kecik , 8" x 6" je ! Mase Nazeef dulu lagilah , 6" x 6" je !

Tapi tak kisahlah ! Sebab kalau sesaje nak print gambar dorang memang taklah

Atleast bila ada photobook FREE ni (just bayar duit postage) , terprintlah jugaq gambar dorang ni utk kenang-kenangan nanti ;-)

Sape yg teringin nak buat jugaq better cepat ye sebab offer ni expires on Aug 31st nanti

Tak sabar nak tunggu photobook ni sampai day dreaming Okbai ~~

Thanks & Best Regards ,

August 19, 2015

Acah-Acah Anak Kembar

Assalamualaikum readers

Masa baru² kawen dulu husband teringin nak anak kembar . Sekarang merasalah jugaq ada anak kembar walaupon hakikatnya dorang just #MySetahunSorangKids love struck


Si kecik tu , ape abang buat semua pon dia nak jugaq padehal baru genap 9 bulan je aritu , pffttt ... ! whew!


Bangun . Tido . Mandi . Semua pon nak sesame . Ehh , beyakkkk pon nak sama time jugaq sebenarnya , haha ... !


Ade anak acah² kembar ni haruslah letih kemain . Tapi percayalah , BESTTT thumbs up

Best sebab dapat tengok dorang membesar sesame . Owhhh please jangan membesar cepat sangat anak² ! Nanti mama rindu *sobs*

Thanks & Best Regards ,

August 14, 2015

Tukar Kad CIMB Bank

Assalamualaikum readers

Harini baru tergerak hati nak pergi tukar kad CIMB BANK aku yg dah lapok dek zaman ni


TERGERAK HATI pon sebab kad ni dah vengong sikit lately ni , kejap bole detect , kejap tak , pffttt ... !

PLUS , kad ni bukan debit card . Susah hokeyyy ahkak nak URGENT shopping , haha ... !

Sekejap je rupanya proses tukar kad ni . Bagi I/C , isi form , zassss ...


Molek kemain n yg penting , DEBIT CARD , hikhik ... !

Dah dapat kad terus kene pergi shopping tukar nombor pin dalam masa 24 jam


Tukar kad ni tak perlu bayar cash ye . Ehhh , bukan FREE tau maksudnya =P


Dia deduct terus drpd account kita , pffttt !

Thanks & Best Regards ,

August 13, 2015

Mini Aquarium Di Rumah

Assalamualaikum readers

Husband aku memang jenis pencinta haiwan . Aku ? Hehehe ... ! Okbai ~

Dari 1st kawen dulu dia dah plan nak bela ikan tapi tak bela² . Now bila Nazeef dah start kenal haiwan , terus bersemangat balik nak bela ikan

Jadi marilah kita beli mini aquarium saje letak kat rumah ...

Tenang je fikiran bila tengok ikan dok berenang² dalam tu :) 

Bela ikan guppy je , senang ! :) 

Budak paling excited "mama , pishhh pishhh"

Thanks & Best Regards ,

August 12, 2015

Fesyen Baju Terkini

Assalamualaikum readers


Industri fesyen di Malaysia sejak akhir-akhir ini dimeriahkan dengan pelbagai Koleksi Fesyen Baju Terkini Wanita . Jom kita lihat apakah rekaan fesyen baju terkini wanita yang paling popular dalam carta !


Di Malaysia kita ada banyak pakaian nasional yang melambangkan jati diri sesuatu kaum . Antaranya ialah baju kurung , sari dan cheongsam . Baju-baju ini dipelihara dan telah diiktiraf sebagai pakaian tradisional utama di Malaysia selain daripada pakaian kaum-kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak . Kita harus bersyukur kerana kekayaan budaya yang ada di negara ini telah mencorakkan pergaulan komuniti masyarakat dengan warna-warna indah melalui toleransi dan persahabatan yang terjalin .

Namun antara pakaian tradisional yang menjadi pilihan ramai sudah tentunya baju kurung . Para wanita tidak kira kaum dan bukan Melayu sahaja turut memilih baju ini . Ianya sangat sesuai untuk dipakai ke majlis perkahwinan, majlis makan malam dan malah boleh dipakai ke pejabat juga . Baju kurung wanita sangat selesa untuk dipakai dan memudahkan anda untuk melakukan kerja-kerja setiap hari .


Baju gaun ataupun dress adalah antara jenis pakaian wanita terkini yang sangat popular terutamanya dalam kalangan wanita urban . Ia telah menjadi antara fashion item yang paling digemari di seluruh dunia . Disebabkan itulah kita dapat lihat saban tahun banyak koleksi dress murah dihasilkan dan digayakan di pentas-pentas peragaan fesyen oleh pelbagai jenama fesyen yang hebat . Namun sebelum anda pilih baju gaun yang anda mahukan , anda harus tahu terdapat beberapa tips beli baju dress murah yang pastinya dapat memudahkan pembelian anda itu .


Dress ! Dress ! Dress ! Siapalah yang tidak suka akannya ? Kini banyak baju gaun labuh yang boleh kita dapatkan tidak kiralah di kedai-kedai pakaian mahupun secara dalam talian di butik fesyen online !


Thanks & Best Regards ,

August 11, 2015

Nuffnang's 1st Cheque :-)

Assalamualaikum readers

Alhamdulillah ~ Alhamdulillah ~

Yang ditunggu² almost 2 months finally telah menapak jua d peti suratku semalam dancing


First time ni cash out NUFFNANG , haruslah excitednya lain macam sikit , hikhik ... !

Walaupon bukan RM 2.6B , daku tetappp bersyukur gituwww hee hee

Thanks & Best Regards ,

August 10, 2015

Warisan Turun Temurun

Assalamualaikum readers

Mak aku memang jenis yg pandai simpan / jaga barang . Mostly baju , sarung bantal , tilam , topi , mitten n booties zaman kitorg baby dulu still ada lagi tau , hikhik ... !

Buktinya ...

Sweater ni aku pakai masa umur setahun , Nazeef 5 bulan dah bole pakai , haha ... !

Dress ni aku pakai masa my 1st birthday , Rania masa genap 9 bulan , hikhik ... !

Maybe aku pon akan simpan baju bebudak ni selai dua untuk bagi kat cucu aku pulak nanti , haha ... !

Thanks & Best Regards ,

August 3, 2015

Suamiku Jatuh Dari Langit

Assalamualaikum readers


" Filem ini mengisahkan tentang seorang gadis kampung yang bernama Asyikin (Nora Danish) yang mempunyai seorang bapa Pak Bidin (Kaza), seorang ketua kampung yang tegas.
Keluarga mereka sangat menitikberatkan soal agama. Oleh itu, Asyikin telah di didik oleh bapanya untuk menjadi seorang wanita yang menutup aurat, lemah lembut dan pandai mengaji.
Che Awang (Syuk SYJ) dan Awie (Qi Razali) merupakan pemuda kampung yang nakal dan suka menganggu gadis-gadis di kampung mereka.
Suatu hari, Awie memerlukan wang untuk melangsaikan hutangnya. Awie telah menyelinap masuk ke dalam rumah ketua kampung dengan memanjat dari bumbung untuk mencuri .
Tiba-tiba, Awie tersalah pijak dan terjatuh di hadapan Asyikin yang baru selesai solat. Awie terpegun melihat kecantikan Asyikin , manakala Asyikin terkejut melihat kemunculan Awie. Dan bermulalah detik-detik yang mencuit hati terjadi di antara mereka "

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Baru lepas tengok movie ni tadi

Macam biasa , tengok online je lah yg mampu , haha ... ! [LINK]

Pendapat aku , movie ni memang best . Watak Qi n Syuk sumpah lawak gila thumbs up

Lagi layan daripada movie Suami Aku Ustaz yg ntah pape tu rasenyer , pffttt ... !

Nora suka sangat , Nora kasi star star star star , hehe ... !

Thanks & Best Regards ,

 

Copyright © p i n k v e l v e t. Designed by Whitey Mommy