July 31, 2015

Raya Gift For Us =)

Assalamualaikum readers

Beberapa hari sebelum raya haritu ...

Alhamdulillah ... ! Alhamdulillah ... ! Finally in our hand love struck

Our Own Paradise ...
No. **, Persiaran Puncak Iskandar 2B/2
32610 Seri Iskandar
Perak

2 years tunggu . Now bila dah jadi kenyataan , senyum sampai krem urat mulut , haha ... !

Part yang tak best , kitorg maybe takkan stay kat sana . Rumah tu masa beli pon memang plan nak buat asset je sebenarnya

Tapi masa kunci dah ada kat tangan , terus nafsu membuak² nak stay kat sana . Setelah ditolak tambah , memang tak bole lagi nak stay sana unless kalau aku dapat kerja kat area sana pulak . Doa²kan lah ye , hehe ... !

Susah ooo nak ulang-alik everyday anak-beranak even sejam je . Banyak dugaan n cabarannya . Mental , fizikal semua kene tiptop . Kalau either me or husband je yg ulang-alik should be ok rasenyer .

Rugi ? Sayang ? Ye ! Semua tu memang dilema sangat . Tapi InsyaAllah , inilah keputusan yg terbaik utk our family praying

Rumah tu maybe akan buat homestay nanti . So lepas ni sesape nak sewa homestay area Seri Iskandar bole contact iols ye , hikhik ... !

Thanks & Best Regards ,

Segmen Raya Bersama Mamamyja

Assalamualaikum readers

Jom join segmen MAMAMYJA
Segmen yg bertujuan utk mengeratkan hubungan dan memeriahkan lagi RAYA 2015

Tarikh Segmen : 30 Julai - 31 Ogos 2015

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * 


Baju raya kitorg patutnyer sedondon 4 beranak , warna grey yg aku n Rania pakai tu . Kain pasang ni kitorg beli masa buat hantaran time bertunang dulu (2011)


Cadangnya nak buat baju nikah , tapi cancel pulak . So 5 tahun tersimpan gitu je lah kain ni . Tahun ni baru "terplan" nak tempah kain tu , kahkah ... !

Tapi disebabkan baju husband n Nazeef yg jadinya ntah pape , makanyer kaum adam tu beli yg ready made saje . Matching jugaq kan ? kan ?  Hehe ... !

Thanks & Best Regards ,

July 29, 2015

Merawat Tekanan Darah Rendah (Low BP)

Assalamualaikum readers

Tekanan Darah Rendah atau Hypotention adalah jika seseorg mengalami bacaan tekanan darah di bawah 120/80 mmHG


Aku selalu jugaq ada masalah tekanan darah rendah ni dari zaman belum kawen lagi . Paling teruk masa mengandungkan Nazeef . Hari² kene pergi cek BP kat klinik 1 Malaysia , pffttt ... !

Baru² ni jadi lagi . Naseb baik dah kenal sangat dengan simptom² low BP ni ...
  • Pening non-stop
  • Muka pucat
  • Doplohpat jam ngantuk
  • Mata kabur
  • Susah nak tarik nafas dalam²
Terus pergi farmasi beli ubat Iberet Folic - 500


Tapi ubat ni bukan zasss bole baik ye ! Memang take time , pffttt ... !

Kalau nak tekanan darah rendah back to normal secara zasss , aku sarankan silalah pergi cari kerang / bayam merah . Memang cepat sembuh , InsyaAllah ~
*mengikut pengalaman aku*

Menu utk org tekanan darah rendah =P

Paling terliur ... ! Kerang goreng berempah =)

Bila google , banyak lagi rupanya makanan yg bole tambah darah . Tapi bagi aku , kerang + bayam memang the best thumbs up

Thanks & Best Regards ,

July 23, 2015

Gambar Raya 2011 - 2015

Assalamualaikum readers

2011 : Single

2012 : With 

2013 : With  + Nazeef Muslim

2014 : With  + Nazeef Muslim + Pregnant

2015 : With  + Nazeef Muslim + Izz Iman Rania

Hehe ... !

Start 2011 sampailah sekarang , berbeza² pengalaman raya aku :)

2016 ??? 

Thanks & Best Regards ,

July 22, 2015

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015

Assalamualaikum readers

"Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung blog yg beragama Islam . Mintak diampunkan segala salah silap dalam penulisan blog ni andai ada yg tersentap , tersalah info , termengumpat n so on"

Raya keenam baru nak wish , hikhik ... !

Raya tahun ni aku beraya rumah mertua aku dulu kat Taiping



Baju raya aku n Rania tu yg aku cerita dekat entry lepas (LINK. Husband n Nazeef pakai yg ready made je sebab yg tempah tu ntah pape , pffttt ... !

Arini aku dah start keje balik . Malas kemain + rindu anak² , uwaaa ~~ crying

Thanks & Best Regards ,

July 10, 2015

Kesan Sampingan Pemakaian IUCD

Assalamualaikum readers

Kat entry lepas [LINK] , aku ada story yg aku ambik kaedah IUCD utk family planning . So, harini dah 7 bulan aku bersama²  IUCD ni , hikhik ~


Lepas aku pasang IUCD ni haritu a.k.a lepas beranak , baru 2 kali aku datang period

Bila dah datang period ni barulah nampak kesan sampingannya lepas pakai IUCD ni ...

  • Tempoh period panjang (max 13 hari) *nangis bucu katil time bulan puasa*
  • Sengugut time first nak datang period
  • Muka naik jerawat *pfftttt*
  • Sakit kepala + sakit pinggang *sakit² manja je*

Setakat ni itu je lah kesan sampingannya kat aku . Diulangi , kat AKU ye ! Lain individu , lain kesannya

Bab berat naik ke tak , ada ganggu hubungan "bersama" ke tak , jawapannya memang TAK ye !

Thanks & Best Regards ,

July 9, 2015

Reaksi #NazeefMuslim Masa Memula Dapat Adik

Assalamualaikum readers

Ini entry throwback namanya sebab si #IzzImanRania pon dah nak masuk 8 bulan , kahkah ~

Tetiba teringat pulak pasal tu kan , makanya marilah mengarang blog :)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Nazeef Muslim ditakdirkan dapat adik masa umur dia 1y7m


First time dia jumpa "adik" dia adalah masa kat hospital . Time tu dia senyum² je lah sebab bukan dia tau apa² pon time tu kan , hikhik ~

Bila sampai rumah , aku 24 jam duduk dalam bilik sebelah "adik" . Dia memang 100% husband yg uruskan

Makanya dia terus taknak kat aku . Panggil dia nak peluk cium pon dia taknak . Sentap mak nakkk , uwaaa ~

Memang banyak sangat perubahan dia time tu . Makan pon taknak . Asyik merenget je . Malam² time nak tido , dia memberontak . Husband n mertua tidokan memang dia taknak

Lepas 2 3 hari macam tu baru dpt detect yg dia rindukan aku rupanya . Dia nak aku tidokan dia sambil belai² . Makan pon dia nak makan sekali dgn aku *sobs*

Tengok dia macam tu aku yg menangis sebab takut kalau² dia pikir yg aku dah tak sayang dia :'(


Bab penerimaan dia terhadap "adik" pulak ...

Dia suka ja adik dia . Suruh sayang dia sayang . Tapi kalau ada family members yg datang tengok adiknya lama n tak pedulikan dia or even my husband PEGANG je pon adiknya tu , JENG JENG JENG ...

Terus dilepuknya muka adiknya tu , pffttt ~

Kalau dia buat apa² kat adiknya pon memang kitorg takkan marah . Just nasihat sebab taknak dia "SENTAP" . Tapi time tu memang mampu urut dada je lah menahan marah tau , kahkah ~

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Alhamdulillah lepas dia genap je 2 tahun aritu , automatic dah nampak sifat "ABANG" dalam diri dia . Dah nampak yg dia sayang adiknya =)

Kalau adik nangis , laju je dia panggil aku
Kalau adik main kaki kat dia "adik ! kaki no" hahaha ~
Kalau adik menerap kat lantai "mama, adik atuhh" adik jatuh katanya :P
Kalau adik nak makan , dia yg tolong amikkan kain lap mulut
Kalau adik takda depan mata memang dicarinya
Kalau aku nak mandi , dia yg tolong henjutkan adik dlm buai , kahkah ~

Mainan pon dah bole share main sesame tau sekarang




Si adik tu memang suka nak copy paste abgnya . Apa abg buat , semua pon dia nak buat jugaq tau , pffttt ~

I may not b perfect, but when i look at my kids, i know tat i got something in my life perfectly right ✔️ 

Syukur Alhamdulillah ~

Thanks & Best Regards ,

July 7, 2015

Tema Baju Raya 2015

Assalamualaikum readers

Tahun ni first time kitorg anak beranak tempah baju raya . TEMPAH wehhh ! Tak pernah² . Selalunya main ready made sajooo , kahkah ~

Actually tahun ni bole TERplan nak tempah ni pon sebab kain pasang time buat hantaran tunang dulu (2011) still tak tempah² lagi laughing


Kekonon kain pasang ni dulu nak buat baju nikah kitorg tapi tak jadi pulak . Makanyer dah ada anak 2 ni baru teringat nak TEMPAH kain ni . Memang terlebih cukuplah utk kitorg 4 beranak thumbs up

Design ape yg kitorg tempah kene tunggu raya nanti sebab kadang² bila tempah design A , jadinya design B pulak , pffttt ~

Harapnya cantiklah ye love struck

Thanks & Best Regards ,

July 1, 2015

Minyak Naik Lagi 1 Julai 2015!

Assalamualaikum readers


Pagi ni dapat berita minyak naik lagi . Semedang naik je pon kejenyer , pffttt ~

Naik pon time nak raya ni . Dengan GST lagi . Persiapan raya lagi yg ala kadar tu lagi . Nak hulur duit raya lagi . Uwaaa ! Yang senang makin senang n yang susah makin susah !

Raya ni nak pergi beraya rumah sedara mara kene naik folding bike je lah jawabnyer kot


Syukurlah Malaysia masih aman =')

Thanks & Best Regards ,

 

Copyright © p i n k v e l v e t. Designed by Whitey Mommy