July 9, 2015

Reaksi #NazeefMuslim Masa Memula Dapat Adik

Assalamualaikum readers

Ini entry throwback namanya sebab si #IzzImanRania pon dah nak masuk 8 bulan , kahkah ~

Tetiba teringat pulak pasal tu kan , makanya marilah mengarang blog :)

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Nazeef Muslim ditakdirkan dapat adik masa umur dia 1y7m


First time dia jumpa "adik" dia adalah masa kat hospital . Time tu dia senyum² je lah sebab bukan dia tau apa² pon time tu kan , hikhik ~

Bila sampai rumah , aku 24 jam duduk dalam bilik sebelah "adik" . Dia memang 100% husband yg uruskan

Makanya dia terus taknak kat aku . Panggil dia nak peluk cium pon dia taknak . Sentap mak nakkk , uwaaa ~

Memang banyak sangat perubahan dia time tu . Makan pon taknak . Asyik merenget je . Malam² time nak tido , dia memberontak . Husband n mertua tidokan memang dia taknak

Lepas 2 3 hari macam tu baru dpt detect yg dia rindukan aku rupanya . Dia nak aku tidokan dia sambil belai² . Makan pon dia nak makan sekali dgn aku *sobs*

Tengok dia macam tu aku yg menangis sebab takut kalau² dia pikir yg aku dah tak sayang dia :'(


Bab penerimaan dia terhadap "adik" pulak ...

Dia suka ja adik dia . Suruh sayang dia sayang . Tapi kalau ada family members yg datang tengok adiknya lama n tak pedulikan dia or even my husband PEGANG je pon adiknya tu , JENG JENG JENG ...

Terus dilepuknya muka adiknya tu , pffttt ~

Kalau dia buat apa² kat adiknya pon memang kitorg takkan marah . Just nasihat sebab taknak dia "SENTAP" . Tapi time tu memang mampu urut dada je lah menahan marah tau , kahkah ~

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

Alhamdulillah lepas dia genap je 2 tahun aritu , automatic dah nampak sifat "ABANG" dalam diri dia . Dah nampak yg dia sayang adiknya =)

Kalau adik nangis , laju je dia panggil aku
Kalau adik main kaki kat dia "adik ! kaki no" hahaha ~
Kalau adik menerap kat lantai "mama, adik atuhh" adik jatuh katanya :P
Kalau adik nak makan , dia yg tolong amikkan kain lap mulut
Kalau adik takda depan mata memang dicarinya
Kalau aku nak mandi , dia yg tolong henjutkan adik dlm buai , kahkah ~

Mainan pon dah bole share main sesame tau sekarang




Si adik tu memang suka nak copy paste abgnya . Apa abg buat , semua pon dia nak buat jugaq tau , pffttt ~

I may not b perfect, but when i look at my kids, i know tat i got something in my life perfectly right ✔️ 

Syukur Alhamdulillah ~

Thanks & Best Regards ,

2 Criticism:

 

Copyright © p!nk veLvet. Designed by Whitey Mommy