January 28, 2016

Followers Blog Berkurangan Secara Mendadak

Assalamualaikum readers ♥ 

Terkejut aku pagi ni bila tengok followers blog ni berkurangan secara mendadak

Terfikir , apalah salah blog aku ni sampai korang unfollow secara berjemaah ? *sobs sobs*


Naseb baik baca blog FIZA , rupa²nya ...


So lepas ni pemegang google account sahaja yg ada authoritative nak follow blog ye !

Thanks & Best Regards ,

January 22, 2016

SilkyGirl Matte Fever Lipcolor Balm

Assalamualaikum readers

Terjebak dengan entry JULIAJOHARI ! Makanya lelaju pergi cari lipcolor tu jugaq kat Watsons , kahkah .. !

SilkyGirl Matte Fever Lipcolor Balm

 

Comey sangat tau design lipcolor ni . Macam crayon :-)

Aku beli code 02 - Desire ... 


Actually gambar ni aku snap lepas makan minum tau . Gambar before lupa nak ambik , sila maafkan :b

Memang long-lasting . Dah la aku pakai nipis je sebab husband cakap jangan nampak mulut dulu sebelum muka , kahkah !

I is sokaaaaa Sparkling heart emoji icon Sparkling heart emoji icon Sparkling heart emoji icon 
Dah la murah , tengah promosi sekarang kat Watsons RM18.80 (NP : RM29.90)

Lepas ni nak beli code 01 - Vogue pulak sebab macam teringat² pulak color tu , haha .. ! 

Thanks & Best Regards ,

January 21, 2016

Rentetan Kisah Permohonan Ke Taska Permata

Assalamualaikum readers

Entry lepas aku ade cerita pasal permohonan #MySetahunSorangKids Ke Taska Permata SUK Perak [LINK]

Setelah sekian lama baru teringat nak buat rentetan kisah tu , sila maafkan ! :b

Pikir punya pikir , actually kitorg tak hantar pon borang permohonan tu tau , haha .. !

Nazeef takde masalah . Masalahnya Rania . Bukan sebab dia tak bole jalan lagi tu tau [Refer Entry Lepas - LINK] sebab Alhamdulillah dia genap 11 bulan dah bole berjalan


Tapi disebabkan Rania masih fully BF :b

Bila aku risik² cikgu taska , dorang cakap semua anak kat situ memang dah putus susu badan or maybe dah mix formula-milk . So dorang memang takde handle breast-milk

Actually logiklah jugaq , sebab budak yg masuk sana memang 2 years n above . Just case macam Rania ni , kalau ikut tahun memang dia dah 2 tahun , tapi kalau ikut bulan dia baru setahun 2 bulan , hehe !

Perjuangan fully BF mestilah diteruskan . So , marilah kita kuburkan saja plan nak hantar dorang kesane , hikhik !

Pon tak sanggup nak pisahkan Nazeef n Rania kat taska lain² . Next year je lah since next year Nazeef pon dah masuk tadika . Besar dah anak aku sorang tu *sobs*

Thanks & Best Regards ,

January 20, 2016

#WordlessWednesday : Dear Algebra ...

Assalamualaikum readers ♥ 
*credit to facebook*

Thanks & Best Regards ,

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih

Assalamualaikum readers

Giveway January Cash RM500 by Emas Putih|  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016.  Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.

[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]

Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.

Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 

Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

Thanks & Best Regards ,

January 19, 2016

Hukum Menggantung Gambar Di Dalam Rumah

Assalamualaikum readers

Astaghfirullahal’adzim .. Astaghfirullahal’adzim .. Astaghfirullahal’adzim ..
Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat kepadaNya

Aku baru tau pasal hukum menggantung gambar makhluk bernyawa kat dalam rumah (gambar kahwin , newborn , gambar konvo etc) adalah HARAM !

Makanya , marilah cecepat kita bungkus semua gambar tu simpan saje


Menggantung gambar manusia atau binatang di tempat yang dipandang mulia untuk dijadikan perhiasan seperti digantung di dinding atau dijadikan kain langsir, maka hukumnya adalah haram. Manakala jika sesuatu yang terdiri daripada gambar manusia atau binatang, dijadikan hamparan atau alas, iaitu tempat yang bukan dimuliakan, maka hukumnya tidak dilarang.

Imam al-Nawawi menjelaskan dalam kitabnya ‘Syarah Sahih Muslim’ (jil. 14, hlm. 81-82), “Menggunakan sesuatu yang terdapat padanya gambar binatang, jika ia digantung pada dinding, atau gambar itu dicetak pada pakaian, atau serban, atau selainnya, iaitu diletak gambar itu di tempat yang dianggap mulia, maka hukumnya adalah haram. Sebaliknya, jika sesuatu yang terdapat padanya gambar binatang, dijadikan alas tempat duduk, atau dijadikan hamparan, iaitu pada tempat yang tidak dianggap mulia, maka hukumnya tidak haram. Ini adalah ringkasan pendapat mazhab al-Syafi’i dan ia juga pendapat majoriti ulama’.” Gambar binatang ini termasuklah gambar makhluk bernyawa, termasuk gambar manusia. Manakala jika gambar tidak bernyawa seperti pokok, batu, atau sungai, maka gambar tersebut tidak dilarang daripada digantung di dinding (Abdul Karim Zaidan, Mufassal fi ahkam al-mar’ah, jil. 3, hlm. 464)

Dalilnya: Aisyah melaporkan, “Pada suatu hari, Rasulullah SAW pulang daripada perjalanan. Ketika itu saya ada menggantungkan kain langsir yang padanya ada gambar binatang. Apabila Rasulullah SAW melihat kain langsir itu, baginda tidak suka melihatnya, lalu bersabda, ‘Manusia yang paling teruk menerima azab Allah pada hari kiamat kelak ialah orang yang berbangga-bangga dengan makhluk Allah.’ Aisyah berkata lagi, ‘Lalu kami potong kain langsir itu dijadikan alas.” Hadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari dan Muslim.

Jika menggantung gambar foto manusia di rumah adalah dilarang, apatah lagi jika ia digantung di kawasan masjid. Maka hukumnya juga adalah haram. Ini sekiranya gambar itu digantung untuk tujuan perhiasan. Namun sekiranya gambar foto yang ditampal di dinding untuk tujuan makluman, seperti menampal banner penceramah jemputan yang padanya ada gambar penceramah, maka ia tidak dilarang, kerana ia bukan untuk tujuan perhiasan.

Wallahua'lam.

-Sumber : e-Fatwa-

Thanks & Best Regards ,

January 15, 2016

Review : Bajrangi Bhaijaan

Assalamualaikum readers

Ade yg still tak boleh move on lagi ke drpd cerita Dilwale ? :b

Honestly , for me Dilwale was so so je lah . Takde yg menarik pon selain drpd Kajol yg super cantik n lagu Gerua yg super best tu , haha .. ! #JanganKecamSaya

Ade cerita yg much n much better than Dilwale , Bajrangi Bhaijaan ...

A little mute girl from a Pakistan village gets lost on her return back from a trip to India. In Kurukshetra, she meets Pawan - a devout Hanuman Bakth - who is in the midst of a challenge posed by his lover's father. In trying to discover her parents, he develops an unshakable bond with the kid. He tries to get into Pakistan through a path righteous to his conscience and later, with a smart Pakistani news reporter for company and makes the search, a story that captures the imagination of the public in both countries
Serious best cerita ni . Rating pon jauh lagi tinggi daripada Dilwale tau . Tapi sebelum tengok cerita ni make sure sediakan tisu sesiap ye ! Hikhik :')


Suke sangat tengok Shahida / Munni tu . Adorable betul



Disebabkan ahkak takde channel astro 251 , makanya ahkak layan on9 sajeee [LINK] . Jangan cakap ahkak tak payung tau :b

Thanks & Best Regards ,

January 14, 2016

Makeup Tanpa Menggunakan Alat Makeup

Assalamualaikum readers

Penah tak jumpa org tu makeup , tapi tanpa menggunakan alat makeup ?

Macam ni ...


Haaa ! Cantik tak ? Cantik tak ? :P

Terus iols fefeeling diva tau lepas makeup ni , siap ade yg cakap macam baby doll gituwww , kahkah .. !

Tapi percayalah , semua ni tanpa menggunakan alat makeup pon tau :)

Macam mana ?

Tadaa ...
YouCam Makeup App


Canggih betul sekarang . Ambik je gambar macam hantu kak limah pastu makeup pakai app ni , terus bole fefeeling DIVA \(^_^)/

Pastu upload pulak kat IG n FB , terus dapat patjuta like Thumb Up (y) like Facebook emoticon

Makanya hati²lah semasa memilih pasangan online / produk kecantikan zaman sekarang ni ye ! Takut² dorang pon guna app ni jugaq , hikhik .. !
- pesanan khidmat masyarakat yg tidak berbayar :b

Thanks & Best Regards ,

January 13, 2016

#WordlessWednesday : Patot Senyum Ke Nangis?

Assalamualaikum readers

TQ #MySetahunSorangKids Emoticon crying tears of joy

Thanks & Best Regards ,

January 12, 2016

Acah-Acah Romantik

Assalamualaikum readers


Acah² romantik letewww konon² bagi "BUNGA TULIP" :b

Makanya iols pon terpaksalah acah² terharu sebab sepanjang 11 tahun kitorg kenal , sekalipon iols tak pernah dapat bunga tau , kahkah ... ! Kecian ~~

Thanks & Best Regards ,

January 11, 2016

Isu Selfie Sambil Menyusu

Assalamualaikum readers

As a fully BF mom , terpanggil pulak rasanya pasal isu yg tengah hangat ni , hikhik ... !


Persoalannya , perlu ke selfie sambil menyusu tu ? Utk ape ?

Kenangan ?
Fine ... ! Kalau betul utk kenangan mean takde masalah pape . Cumanya gambar tu utk simpanan sendiri je lah ye daq ?

BF Awareness ?
Sorry to say tapi memang tak masuk akal . Sebabnya ? Banyak lagi cara lain yg bole guna selain drpd kene tayang segala aurat utk tontonan umum . Ye , tetap AURAT ye walaupon tak nampak any body parts ! Sebab ape ? Takut² ade golongan yg suke "berimaginasi" 

Jika memakai wangian sehingga menarik syahwat pun sudah menghampiri zina , apatah lagi gambar breastfeeding ? Tidakkan akan akan eksploitasi ? Janganlah membuka ruang dieksploitasi dgn gambar yg bole dimanipulasi . Sayangi diri dgn sifat malu dalam diri

- petikan drpd FB PENCETUS UMMAH RAHMAT IKHSAN

Pelik jugaq sebenarnya sebab memang takde perasaan malu ke erk ? Sedangkan aku yg "terpaksa" pakai nursing cover full coverage ni pon segan nak menyusu kat public :b

1 je nak pesan , jauhilah sifat² riak ye kalau bab² breastfeeding ni sebab apa yg kita miliki arini semuanya milik Allah . Tak semua org dapat merasa nikmat tu . So, bila² je Allah bole tarik balik nikmat tu tau :'(

Sama jugaq dgn kes dok tayang hasil perahan yg melimpah ruah tu ye ! Ok bye ~~

#JanganKecamSaya #SayaBukanPenyokongMeran

Thanks & Best Regards ,

January 7, 2016

DILARANG Makan Kubis..!

Assalamualaikum readers

Semalam aku MC
Sakit kepala , sakit badan sampai tak bole bangun *sobs*

Semuanya sebab kubis je ...


Ye , nampak macam lawak kan ? Tapi ini SERIOUS tau .. !

Actually lepas beranak Rania dulu , aku memang dah tak bole makan kubis lagidah . Kalau tak , itulah sayur favorite aku tau :)

Sebabnya ? Berangin bagai nak gila . Memang badan aku tak tahan lagidah *sobs*

Kononnya letak halia banyak² , makan habatussauda , makan jamu , ok la kan . Rupanya nan-hado .. ! Memang mendapat jugaqlah semalam

Makanya , lepas ni memang kene banned je lah sayur kubis tu :'(

Thanks & Best Regards ,

January 1, 2016

Good Bye 2015, Hello 2016..!

Assalamualaikum readers


Salam Jumaat .. Salam Tahun Baru .. 

Semoga tahun ini membawa lembaran baru yg lebih baik , bermanfaat dan bermakna utk kita semua , Amin ~~

Thanks & Best Regards ,

 

Copyright © p i n k v e l v e t. Designed by Whitey Mommy