June 30, 2015

Amount Nuffnang Jadi RM0.00 ?

Assalamualaikum readers


Kenape jadi RM 0.00 ?

Sebab hari ni baru first time aku gatai tangan p tekan button CASH OUT =P

Duit utk backup lepas raya nanti lah ni konon²nya , hikhik !

Ni pulak rezeki di bulan Ramadhan , Alhamdulillah ~

Thanks & Best Regards ,

June 25, 2015

Bahaya di sebalik BEDUNG BAYI

Assalamualaikum readers

Beberapa harini heboh VIRAL post mengenai BEDUNG BAYI boleh menyebabkan HIP DISPLASIA. Saya sendiri agak terkejut bila membacanya sebab saya pun baru mendapat ‘ilmu baru’ ini. Saya lakukan sedikit usaha dengan google around untuk mendapatkan info dan ianya BENAR kerana telah terdapat beberapa kajian yang menyokong. Kebanyakan info yang saya dapat dari luar negara juga memang aware berkenaan hal ini.

Apakah Hip Displasia?

Hip Displasia adalah keadaan perkembangan tidak normal (DDH) di mana tulang pinggul menjadi tidak stabil yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Semasa bayi di dalam rahim ibu, pinggul dan lutut bayi adalah dalam kedudukan melipat / bengkok dan kakinya di antara satu sama lain. Pinggul akan tertolak masuk ke dalam sendi pinggul dan posisi ini adalah posisi yang TEPAT. Apabila lahir bayi akan kekal dalam posisi ini sehingga sekitar usia 3 bulan. Kedudukan pinggul dan lutut yang lebih lurus pada usia 3 bulan selepas itu diperlukan kerana bayi akan mula cuba meniarap.

PUNCA terjadi Hip Displasia

1) Sejarah keluarga
2) Lahir songsang
3) Bedung

Cara MENGATASI

Sepertimana kita tahu, membedung bayi adalah amalan yang lazim dilakukan dalam masyarakat kita. Selain untuk memberi kehangatan pada bayi supaya tidur lebih lena, bedung juga dikatakan untuk meluruskan kaki. Biasanya kita dengar zaman mak/nenek moyang kita akan menyebut jika tidak dibedung nanti bila besar tidak akan berjalan lurus atau kengkang. Betul tak? smile emoticon

Mommies, mulai saat ini marilah kita perbetulkan pemikiran kita daripada terus percaya kepada mitos nenek moyang ini. Ketahuilah bahawa dengan membedung bayi ianya tidak akan membuat kaki bayi menjadi lebih lurus. Malah jika semakin ketat risiko untuk mendapat Hip Displasia adalah lebih tinggi.

Berbedung masih BOLEH dilakukan tetapi perlu dilakukan dengan cara yang yang betul. Terdapat banyak cara untuk membedung bayi menggunakan kain bedung/ selimut. Kain bedung yang baik adalah yang membolehkan perkembangan tulang pinggul/ peha yang sihat dan kaki bayi dapat membengkok. Kedudukan ini membolehkan perkembangan semulajadi sendi pinggul. Jangan membedung bayi terlalu KETAT sehingga menekan kedua-dua kaki terlalu rapat antara satu sama lain. Keadaan inilah yang akan mengakibatkan Hip Displasia.

TONTON & SHARE video ini untuk kaedah membedung dengan betul!




sumber: hipdysplasia.org

Sebab tu zaman sekarang dah ada bedung moden , senang n betul kaedahnya =)

Tapi kan , mak aku cerita zaman arwah nenek aku dulu kalau bedung baby siap ikat kat bahagian pergelangan kaki tu sebab nak bagi lurus

Alhamdulillah lah semuanya pon dah membesar sihat walafiat je sekarang , hehe !

Thanks & Best Regards ,

June 23, 2015

5 Makanan Kekalkan Tenaga Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum readers

Kurma, Oat, Madu, Susu, Sihat, Makanan, Bulan, Puasa

Terbukti !

Aku amalkan bersahur dgn oat n jus susu kurma tu . Memang kekal bertenaga sampai ke maghrib . Pon sangat sesuai utk mommies yg fully bf macam aku ni :)

Salah satu sebab lain ...
Mudah²an cepatlah angka KG aku ni menurun , hikhik ~

Thanks & Best Regards ,

June 19, 2015

Berita Buruk Di Awal Pagi 2nd Ramadhan

Assalamualaikum readers

Time nak bangun sahur tadi , cek phone tengok ade whatsapp drpd opismate pukul 1 pagi semalam

"kak , esok ina cuti , taktau bila masuk keje balik ... husband ina accident"

Allahuakbar ! Terus aku whatsapp dia balik ...

"macam mana keadaan dia sekarang? teruk ke?"

"on the way bawak ke ipoh ni sebab still tak sedarkan diri"

Time dia reply tu dah pukul 7 pagi

Katanya accident masa husband dia balik kerja malam tadi . Accident dgn apa itu aku taktau sebab dia still tak reply whatsapp aku

Yg aku tau husband dia naik motor keeway rkv200


Allah ! Semoga takda apa² kecederaan yg serious , Amin~

Dorang ni baru kawen sebulan lebih je :'(


Semoga selamat semuanya , Amin ~

Thanks & Best Regards ,

June 17, 2015

#WW : Selamat Menunaikan Ibadah Puasa 2015

Assalamualaikum readers


Thanks & Best Regards ,

June 15, 2015

Tinggalkan Anak Bersendirian Dalam Kereta

Assalamualaikum readers ♥ 

Lately ni banyak sangat kes mak / bapak yg tinggalkan anak dalam kereta secara bersendirian kan ?

Si keyboard warrior pulak memang spesis yg jenis taknak kalah dalam soal menyekolahkan org lain even though dorang ni tak pernah bergelar PARENTS pon !

Aku bukanlah nak sokong tindakan tinggalkan anak secara bersendirian dalam kereta tu , tapi pernah tak kita tolong sharekan solution utk parents yg maybe TERPAKSA buat gitu ?

Rasenyer majoriti cuma tahu nak maki hamun je konon sape yg buat gitu tak sayang anak lah , tak alert lah . Hello ! Have u walk in their shoes before u criticize ? Pffttt ~

Aku pernah hadap situasi macam ni sekali . Lepas office hour , lepas ambik anak² drpd nursery . On the way nak balik rumah tu , dapat pulak call drpd sorang budak opis ni

Dia nak ambik dokumen penting kat opis petang tu jugaq sebab nak terus shoot ke KL . Dokumen tu dia suruh tinggalkan kat peti surat je sebab he will b late n dia takde kunci opis , pffttt ~

Bole ko bayangkan , opis aku kat tingkat 2 , takda lift , nak kene bukak pulak 3 kunci , grill , pintu n another pintu , anak pulak sorang umur 2 tahun n sorang umur 7 bulan , husband pulak takde time tu

So ? What should i do ? Any solution ? Tak kan nak berangkut kiri kanan ? Sape pulak yg nak tolong bukakan pintu ?


Makanyer TERPAKSALAH aku tinggalkan dorang sekejap dalam kereta . Jenuh jugaq aku pikir nak buat cemane . Last² aku bukak sikit semua tingkap , matikan enjin n lock pintu dari luar n berdoa ...

"Ya Allah Ya Tuhanku , aku tinggalkan anak²ku sekejap dgnmu Ya Allah , lindungilah mereka"

Terus aku BERLARI naik tangga , ambik dokumen n zasss terus ke kereta . 3 minit ! Pheww ~

Sape ade solution lain meh share dgn aku just in case terjadi lagi situasi macam ni nanti so i'm well prepared =)

Thanks & Best Regards ,

June 10, 2015

7 Rahsia Penyusuan Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum readers


Ye ! Dialah satu²nya SAHABAT yg selalu ada dikala aku perlukan sokongan dan tunjuk ajar dalam bidang penyusuan susu ibu ni . Anything ! Anytime ! Always there for me =)

Aku bersyukur sangat sebab kalau aku tak jumpa dengan dia , MAYBE perjalanan aku nak fully breastfeed ni dah failed sebab ilmu yg aku ada terlalu cetek *sobs*

“Para ibu HENDAKLAH menyusukan anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN penyusuan itu”
Surah Al-Baqarah, Ayat 233

Harini aku berbangga sebab SAHABAT aku ni dah berjaya keluarkan ebook yg bertajuk ...



"Bulan Ramadhan adalah bulan yang agak merisaukan para ibu yang menyusukan anak terutama sekali bagi insan yang baru menimang cahaya mata . Jadi, dengan adanya ebook ini, diharap sedikit sebanyak dapat membantu para ibu yang berhasrat untuk fully breastfeed dengan jaya tanpa perlu risau susu merudum sewaktu berpuasa"

Ebook ni dia berikan percuma je dengan niat semoga ianya bermanfaat utk ibu² yg berhasrat nak fully breastfeed their babies 

Eksklusif oleh:
Blog : www.eimatahir.com
FB: FATIMAH TAHIR
Insta: Fatimah.Tahir
#TravelogPenyusuan

Thanks & Best Regards ,

June 8, 2015

Toddler Carseat RM10 Je :)

Assalamualaikum readers

Last week aku tanya kat few FB group dalam manjung ni kot ada sesape nak jual toddler carseat 2nd hand


Yg jenis utk baby ni aku dah ada . Masalahnya both , Nazeef n Rania dok berebut nak duduk dalam tu jugaq . Dah tu maknyer ni pulak yg stress dalam kereta tau , pffttt ~

Dimurahkan rezeki , ade seorg ni PM cakap dia nak letgo toddler carseat dia sbb anak dia dah besar n dia pon dah tak pakai dah carseat tu

Paling penting dia cakap "suka u lah nak kasi berapa RM pon"

Terus lelaju kitorg laki-bini pegi jumpa dia nak tengok carseat tu , haha !


Carseat memang tip-top . Takde koyak . Takde comot . Dia cakap dia dah pakai more than 7 years . Phewww ! Salute betul *thumbs up*

Bila aku tanya dia "u nak letgo berapa ni" . Dia cakap ...
"RM10 dah la sebab niat i bukan nak jual pon , i memang dah tak pakai sebab anak dah besar"

Terkejut kitorg laki-bini tau , siap tanya banyak kali . Tapi haruslah senyum lebor dalam hati , kahkah !

Rezeki ko lah nak :) Alhamdulillah ~

Thanks & Best Regards ,

June 3, 2015

1st Time Try Wing Zone

Assalamualaikum readers

Sempena ANNIVERSARY aritu , asben ajak dating berdua kat WING ZONE 


First time ni aku try makan kat sini . Yg penting HALAL ye !

Bagi aku , menunya sama je macam restoran fast food yg lain . Ada burger , ayam , desserts n so on ...

[Bole refer full menu kat SINI]

Tapi yg membezakannya drpd restoran fast food yg lain adalah dorang punya flavor ...


Ye ! Memang banyak gila flavornya . Sesuai dgn trademark dorang ...
"For People Who Love Flavor"


Kitorg pilih menu ni (set no.3 & 4 with tokyo dragon flavor)

Dap dap dap ! Flavor dia mmg super duper marvelous *double thumbs up*


Lepas ni gaji dah ada lah tempat makan baru , hikhik ~

Thanks & Best Regards ,

June 1, 2015

Happy 3rd Anniversary To Us - 01/06/2015

Assalamualaikum readers


Ya Allah...
Jadikanlah kami sbg suami isteri yg saling mencintai dikala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingatkan dikala suka, saling mendoakan dlm kebaikan & ketaqwaan dan saling menyempurnakan dlm beribadah

Ya Allah...
Sempurnakanlah kebahagiaan kami, kekalkanlah nikmatMu ini dan jadikanlah kami suami isteri dunia dan akhirat

Amin Ya Rabbal Alamin~

Happy 3rd Anniversary Soulmate ðŸ˜˜ 

Thanks & Best Regards ,

 

Copyright © p i n k v e l v e t. Designed by Whitey Mommy