Beberapa harini heboh VIRAL post mengenai BEDUNG BAYI boleh menyebabkan HIP DISPLASIA. Saya sendiri agak terkejut bila membacanya sebab saya pun baru mendapat ‘ilmu baru’ ini. Saya lakukan sedikit usaha dengan google around untuk mendapatkan info dan ianya BENAR kerana telah terdapat beberapa kajian yang menyokong. Kebanyakan info yang saya dapat dari luar negara juga memang aware berkenaan hal ini.
Apakah Hip Displasia?
Hip Displasia adalah keadaan perkembangan tidak normal (DDH) di mana tulang pinggul menjadi tidak stabil yang biasa berlaku di kalangan bayi dan kanak-kanak. Semasa bayi di dalam rahim ibu, pinggul dan lutut bayi adalah dalam kedudukan melipat / bengkok dan kakinya di antara satu sama lain. Pinggul akan tertolak masuk ke dalam sendi pinggul dan posisi ini adalah posisi yang TEPAT. Apabila lahir bayi akan kekal dalam posisi ini sehingga sekitar usia 3 bulan. Kedudukan pinggul dan lutut yang lebih lurus pada usia 3 bulan selepas itu diperlukan kerana bayi akan mula cuba meniarap.
PUNCA terjadi Hip Displasia
1) Sejarah keluarga
2) Lahir songsang
3) Bedung
Cara MENGATASI
Sepertimana kita tahu, membedung bayi adalah amalan yang lazim dilakukan dalam masyarakat kita. Selain untuk memberi kehangatan pada bayi supaya tidur lebih lena, bedung juga dikatakan untuk meluruskan kaki. Biasanya kita dengar zaman mak/nenek moyang kita akan menyebut jika tidak dibedung nanti bila besar tidak akan berjalan lurus atau kengkang. Betul tak? smile emoticon
Mommies, mulai saat ini marilah kita perbetulkan pemikiran kita daripada terus percaya kepada mitos nenek moyang ini. Ketahuilah bahawa dengan membedung bayi ianya tidak akan membuat kaki bayi menjadi lebih lurus. Malah jika semakin ketat risiko untuk mendapat Hip Displasia adalah lebih tinggi.
Berbedung masih BOLEH dilakukan tetapi perlu dilakukan dengan cara yang yang betul. Terdapat banyak cara untuk membedung bayi menggunakan kain bedung/ selimut. Kain bedung yang baik adalah yang membolehkan perkembangan tulang pinggul/ peha yang sihat dan kaki bayi dapat membengkok. Kedudukan ini membolehkan perkembangan semulajadi sendi pinggul. Jangan membedung bayi terlalu KETAT sehingga menekan kedua-dua kaki terlalu rapat antara satu sama lain. Keadaan inilah yang akan mengakibatkan Hip Displasia.
TONTON & SHARE video ini untuk kaedah membedung dengan betul!
sumber: hipdysplasia.org
Sebab tu zaman sekarang dah ada bedung moden , senang n betul kaedahnya =)
Tapi kan , mak aku cerita zaman arwah nenek aku dulu kalau bedung baby siap ikat kat bahagian pergelangan kaki tu sebab nak bagi lurus
Alhamdulillah lah semuanya pon dah membesar sihat walafiat je sekarang , hehe !
Thanks & Best Regards ,
4 Criticism:
br thu gak... rasa pelik... tp kena percaya.. hihihi
salam...
oh..bru tahu..thanks ye share... =)
pernah kak tengok bayi kene bendung ketat. ishh kesian bayi tu.
xth nk jawap bila org tua ckp mkn nestum sihat je besar sampai skang.cmtu jugak lah bila bedung baby jawapan org tu dulu ok je ko jln skang..huuhu..
Post a Comment