January 30, 2015

Lumrah Isteri - Sukar Diramal

Assalamualaikum readers  



Laki telefon,
Laki : Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
Bini : Tak mau bang, bini awak diet

Laki pun balik rumah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai rumah, tengok bini tarik muka moncong macam cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tidur bilik sebelah

Bila laki tanya balik,
Laki : Kan tadi awak yang tak mau pesan apa-apa yang oiii
Bini : Memangla orang kata tak mau apa-apa... Tapi belikan jer la apa-apa... Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr...
Laki : Eh, bini aku ni... Yang mana satu ni?

-----------------------------------------------------------------

Laki telefon,
Laki : Petang ni awak nak masak apa yang?
Bini : Alaaahhh... Hari-hari kena masak, penatlah bang! Balik kerja ni abang makan siap-siaplah

Laki pon, balik kerja.. Singgah kedai mamak, tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya. Sampai umah, sendawa bau kamben... Tiba-tiba bini jerit panggil suh makan!

Bini : Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!
Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi...!!

Laki : Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

----------------------------------------------------------------

Bini : Abang ni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah! Bini abang penat tau nak kemas umah semedang, awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke... Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih

Si laki punyala seronok weeiii... Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta... Bila dah siap, kuar bilik... Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...

Bini : Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?

----------------------------------------------------------------

Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?
Abang keja lah yang...
Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
Pastu abang balik la KL balik
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,
Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... Bini dia talipon.
Abang bila nak balik ambik kitorang bang?

----------------------------------------------------------------

Bini : Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau. Abang tak kesian bini abang ker... Dah kelupas-kelupas kulit jari tau... Asik basuh kain jer
Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...

Laki pon, dengan muka rebel... Masuk bilik rahsia... Lipat kain
Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir plak..

Bini : Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?

kenapa? kenapa? kenapa?????????????

---------------------------------------------------------------

"Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
Bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi...."

"Nak bagi pakai baju mana ni Yang...?" <--- laki tanya

"Alah abang ni... Kan baju anak ada 8 bakul tu... Pakaikan jerlah baju mana-mana pon... Bukan ada org nk tengok ponnn..."

Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju...

"Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg! Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah? Kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha..."

Kesian lelaki... Alahaii...

Kahkah ! This is sooo me especially yg last tu *tutup muka*
Mahap ye encik somi ! :b

Thanks & Best Regards ,

7 Criticism:

Princes Yuyue said...

pepuan kan..macam macam peel, hahahaaa..macam kena atah muka jerr ..:p

zuhdi sanusi said...

wahai pn.isteri jgn la cm tu., kompius en.suami dibuatnya., huhu

Malek Ku said...

orang pompuan mmg susah nak paham..hadoi..boleh penin mikiornyer..
huhu..tp tula yang membuatkn org pompuan spesel..

Read My Recent Post " Phone Aku Dari Zaman Dulu Hingga Zaman Sekarang "

Mel said...

haha..perempuan memang macamtu. Complicated. Tapi senang je nak faham sebenarnya..Cuma laki kadang2 malas amik pusing..uhuu

fazrol said...

ini lawak...
Memang saya sendiri pun tak faham2 lagi... ha h ah

Miss Yana said...

Haha..kelakar..klo cmni, mmg btul2 xpaham..

namy said...

hehe yg no 1 tu sangat kena dgn saya, bila cakap xmo apa-apa, sbnrnya sakit hati bila suami betul2 bendul tak belikan apa-apa ..hehe ='D

newmember#3138

 

Copyright © p!nk veLvet. Designed by Whitey Mommy