Assalamualaikum readers
♥
Allahuakbar , dah seminggu berlalu namun kejadian tu masih fresh kat ingatan kami sekeluarga , nak
² pulak ayah aku
Ape yg aku nak share harini anggaplah sebagai awareness untuk semua
23 Ogos 2017
Pukul 8:06 am , masa ayah kat office , ayah terima panggilan drpd nombor tak kenal . Selalu dia tak angkat tapi ntah macam mana pagi tu dia boleh angkat pulak
Pemanggil kononnya pegawai bank daripada
AFFIN BANK TERENGGANU , dia cakap yg ayah masih ada hutang
RM3K dengan bank
Bila ayah cakap takde , dia cakap kalau gitu maybe ade org gunakan nama ayah so ayah kene cecepat buat report polis . Dia cakap dorang boleh terus transfer phone ke balai
Yg angkat tu sarjan . Dia tanya ayah kenape ? Bila ayah cerita sekian
² , dia cakap Affin Bank tu sebelah balai dorang je
Sarjan tu mula soal siat latar belakang ayah sebab katanya nak check samada ayah ade rekod jenayah or tak
Bila dah check , tup
² dia kata ayah memang ade rekod jenayah and memang dikehendaki polis atas sebab memalsukan ic and dadah
Dia suruh datang
BALAI POLIS TERENGGANU tu sekarang jugaq untuk direman . Siap cakap kalau ayah pergi balai polis kat sini je pon memang akan terus direman
Pastu dia cakap dia akan sambungkan panggilan ke
INSP ZAKI and suruh ayah buat rayuan kat insp tu
Bila sambungan dibuat , insp zaki tu terus tengking ayah and suruh datang balai tu on the spot jugaq , bawak 2 helai pakaian . Tak sempat ayah nak cakap apa
² sambungan dah disambung ke sarjan tu balik
Sarjan tu sambung panggilan ke sorg insp cina ni pulak sebab katanya insp ni boleh tolong ayah
Insp cina tu kasi 2 pilihan kat ayah , reman or benarkan segala akaun ayah disiasat sebab ini dah melibatkan mahkamah
Ayah pilih yg benarkan akaun disiasat tu
Dia cakap sekarang ayah kene pergi bank , transfer dulu duit yg nak guna utk perbelanjaan family sementara mahkamah nak siasat sbb nanti semua akaun akan freeze . Talian tak boleh dimatikan
Allah .. Allah .. Allah
Time ni ayah dah jadi macam org bodoh , langsung tak sedar apa
² . Ayah dipukau . Ayah ikut je segala kehendak dorang
Ayah boleh patah balik rumah ambik buku bank and power bank mak aku untuk cas phone dia tu . Time tu mak ade tegur , tapi ayah senyap je . Allahhhh
Dorang suruh bukak
AMBANK and transfer
RM100K drpd akaun
ASB ayah . Then pergi bukak pulak akaun
BANK ISLAM and transfer
RM47K drpd akaun
TABUNG HAJI ayah
Ayah ikut je semua while talian masih on . Lepas settle tu ayah siap boleh kasi nombor kad , nombor pin semua kat dorang
Allahurabbi
Tengah ayah on the way nak pergi
CIMB BANK pulak *if i'm not mistaken* , ayah nak terkencing sangat
² . Kebetulan pulak lalu kat masjid , so ayah stop kat situ
Ayah tengok jam dah nak masuk Zohor , so ayah bagitau caller tu yg ayah nak sembahyang Zohor dulu . Dia tanya ayah berape lama ? Ayah cakap dalam 15 minit gitu . Dia cakap ok , tapi jangan matikan phone
Bunyi je azan , tup
² ayah macam tersentak
"EHH , APE AKU TENGAH BUAT NI" . Terus dia masuk kereta , drive balik office while talian masih on . Bayangkan berapa jam dia call ayah ?
Ayah call adek lelaki aku guna phone office . Terus adek aku menjerit
"SCAMMER TU , CEPAT PUTUSKAN TALIAN HANDPHONE SEKARANG JUGAQ"
Laju
² ayah terus drive pergi affin bank check . Guess what ? Memang nama ayah bersih drpd sebarang hutang
Pergi pulak ambank and bank islam tadi , RM 0.00 . Yes ,
ZERO..! Bayangkan perasaan ayah time tu ? Tahun depan je lagi dia nak pencen dah
Allahuakbar
Speechless . Sedih . Selalu dok baca viral pasal kes ni kat fb je , tak sangka boleh kena kat ayah sendiri . Sambil taip ni pon aku masih lagi berair mata terbayang wajah and hasil penat lelah ayah selama ni
But my dad is very strong and positive person . Dia cakap everyday sebelum keluar rumah mesti dia akan recite doa perlindungan . So maybe that day Allah nak selamatkan dia from bala yg lebih berat , Allah aim bala tu kat duit ringgit dia instead
Kuatnya ayah aku Ya Allah . Mudah
²an kami pon diberikan kekuatan macam ni and learn apakah maksud
REDHA yg sebenar
Mohon doakan rezeki yg berlipat kali ganda untuk ayah aku , Amin Amin Amin ~
Report polis dah buat . Bank pon cakap memanglah bole trace balik duit tu pergi akaun mane , but nothing we can do sebab scammer dah buat it looks like macam my dad yg salah
Duit tu semua pon macam dah takde harapan nak dapat balik sebenarnya but we do keeps praying je lah , manelah tau kot dah tertulis rezeki tu memang milik dia jugaq ke kannn
p/s :
Mesti ade spesis yg suka mengecam akan cakap
"haaa, lain kali jgn suka² dedahkan nombor akaun and bla bla bla kat org"
Hellooo , please trust me..! If u are being under influence , there's nothing u can do dah tau
My dad memang bukan seorg yg careless , in fact he is very extra berhati
² and alert sebenarnya tau . Tapi dah tertulis takdir dia macam tu haritu , he cant do anything dah . Semuanya dah diluar kawalan minda dia
Please pray yg baik
² for him . TQIA
Thanks & Best Regards ,