August 29, 2017

Ayah Kehilangan Around RM150K Gara-Gara Scammer

Assalamualaikum readers

Allahuakbar , dah seminggu berlalu namun kejadian tu masih fresh kat ingatan kami sekeluarga , nak² pulak ayah aku 

Ape yg aku nak share harini anggaplah sebagai awareness untuk semua

23 Ogos 2017

Pukul 8:06 am , masa ayah kat office , ayah terima panggilan drpd nombor tak kenal . Selalu dia tak angkat tapi ntah macam mana pagi tu dia boleh angkat pulak

Pemanggil kononnya pegawai bank daripada AFFIN BANK TERENGGANU , dia cakap yg ayah masih ada hutang RM3K dengan bank

Bila ayah cakap takde , dia cakap kalau gitu maybe ade org gunakan nama ayah so ayah kene cecepat buat report polis . Dia cakap dorang boleh terus transfer phone ke balai

Yg angkat tu sarjan . Dia tanya ayah kenape ? Bila ayah cerita sekian² , dia cakap Affin Bank tu sebelah balai dorang je

Sarjan tu mula soal siat latar belakang ayah sebab katanya nak check samada ayah ade rekod jenayah or tak

Bila dah check , tup² dia kata ayah memang ade rekod jenayah and memang dikehendaki polis atas sebab memalsukan ic and dadah

Dia suruh datang BALAI POLIS TERENGGANU tu sekarang jugaq untuk direman . Siap cakap kalau ayah pergi balai polis kat sini je pon memang akan terus direman

Pastu dia cakap dia akan sambungkan panggilan ke INSP ZAKI and suruh ayah buat rayuan kat insp tu

Bila sambungan dibuat , insp zaki tu terus tengking ayah and suruh datang balai tu on the spot jugaq , bawak 2 helai pakaian . Tak sempat ayah nak cakap apa² sambungan dah disambung ke sarjan tu balik

Sarjan tu sambung panggilan ke sorg insp cina ni pulak sebab katanya insp ni boleh tolong ayah

Insp cina tu kasi 2 pilihan kat ayah , reman or benarkan segala akaun ayah disiasat sebab ini dah melibatkan mahkamah

Ayah pilih yg benarkan akaun disiasat tu 

Dia cakap sekarang ayah kene pergi bank , transfer dulu duit yg nak guna utk perbelanjaan family sementara mahkamah nak siasat sbb nanti semua akaun akan freeze . Talian tak boleh dimatikan

Allah .. Allah .. Allah

Time ni ayah dah jadi macam org bodoh , langsung tak sedar apa² . Ayah dipukau . Ayah ikut je segala kehendak dorang

Ayah boleh patah balik rumah ambik buku bank and power bank mak aku untuk cas phone dia tu . Time tu mak ade tegur , tapi ayah senyap je . Allahhhh

Dorang suruh bukak AMBANK and transfer RM100K drpd akaun ASB ayah . Then pergi bukak pulak akaun BANK ISLAM and transfer RM47K drpd akaun TABUNG HAJI ayah

Ayah ikut je semua while talian masih on . Lepas settle tu ayah siap boleh kasi nombor kad , nombor pin semua kat dorang

Allahurabbi 

Tengah ayah on the way nak pergi CIMB BANK pulak *if i'm not mistaken* , ayah nak terkencing sangat² . Kebetulan pulak lalu kat masjid , so ayah stop kat situ

Ayah tengok jam dah nak masuk Zohor , so ayah bagitau caller tu yg ayah nak sembahyang Zohor dulu . Dia tanya ayah berape lama ? Ayah cakap dalam 15 minit gitu . Dia cakap ok , tapi jangan matikan phone

Bunyi je azan , tup² ayah macam tersentak "EHH , APE AKU TENGAH BUAT NI" . Terus dia masuk kereta , drive balik office while talian masih on . Bayangkan berapa jam dia call ayah ?

Ayah call adek lelaki aku guna phone office . Terus adek aku menjerit "SCAMMER TU , CEPAT PUTUSKAN TALIAN HANDPHONE SEKARANG JUGAQ"

Laju² ayah terus drive pergi affin bank check . Guess what ? Memang nama ayah bersih drpd sebarang hutang

Pergi pulak ambank and bank islam tadi , RM 0.00 . Yes , ZERO..! Bayangkan perasaan ayah time tu ? Tahun depan je lagi dia nak pencen dah

Allahuakbar 

Speechless . Sedih . Selalu dok baca viral pasal kes ni kat fb je , tak sangka boleh kena kat ayah sendiri . Sambil taip ni pon aku masih lagi berair mata terbayang wajah and hasil penat lelah ayah selama ni

But my dad is very strong and positive person . Dia cakap everyday sebelum keluar rumah mesti dia akan recite doa perlindungan . So maybe that day Allah nak selamatkan dia from bala yg lebih berat , Allah aim bala tu kat duit ringgit dia instead

Kuatnya ayah aku Ya Allah . Mudah²an kami pon diberikan kekuatan macam ni and learn apakah maksud REDHA yg sebenar 

Mohon doakan rezeki yg berlipat kali ganda untuk ayah aku , Amin Amin Amin ~

Report polis dah buat . Bank pon cakap memanglah bole trace balik duit tu pergi akaun mane , but nothing we can do sebab scammer dah buat it looks like macam my dad yg salah

Duit tu semua pon macam dah takde harapan nak dapat balik sebenarnya but we do keeps praying je lah , manelah tau kot dah tertulis rezeki tu memang milik dia jugaq ke kannn

p/s :

Mesti ade spesis yg suka mengecam akan cakap "haaa, lain kali jgn suka² dedahkan nombor akaun and bla bla bla kat org"

Hellooo , please trust me..! If u are being under influence , there's nothing u can do dah tau 

My dad memang bukan seorg yg careless , in fact he is very extra berhati² and alert sebenarnya tau . Tapi dah tertulis takdir dia macam tu haritu , he cant do anything dah . Semuanya dah diluar kawalan minda dia

Please pray yg baik² for him . TQIA 

Thanks & Best Regards ,

7 Criticism:

Ucing said...

ya semoga 150k tu kembali semula pada ayah awak.semoga tabah menghadapinya kerana rezeki itu ada di mana mana dan ianya datangnya dari Allah juga.

Cik Nor said...

Allahuakbar..besarnya dugaan

Julia Johari said...

SubhanaAllah cerita benar ni julia share kat suami julia ya yien...Allah jaga ayah yien solat dlu terus dia sedar kena pukau...hebat air sembahyang mampu lumpuhkan pukauan scammer...moga Allah lindung keluarga yien selalu. Kena selalu baca doa ka yien. Nasihat utk diri juga ni.

SYANI said...

Allahurabbi... dugaan hebat untuk orang hebat... Betul cakap awak, kalau tak kena batang hidung sendiri memang orang boleh cakap apa saja... Sabar ye... semoga Allah gantikan sesuatu yang lebih baik dari 150K yang hilang tu.

mOoN IzzaN said...

Allah.. smoga ada rezeki dapat duit tu semula..

iam.umifuzy said...

Allahuakbar...banyaknya jumlah tu..semoga ada rezeki untuk dapat wang tu semula..semoga kita dijauhkan dari perbuatan manusia yang keji dan mengambil kesempatan ni

ct cheery said...

Ya tuhan...Ada hikmahnya. Owg yg amik duit hasil curi tu pun xkan Aman. Xpe mungkin tuhan nak bersihkan rezeki Kita sebenarnya kan.insha Allah akn dpt rezeki yg berlipat Kali Ganda.

 

Copyright © p i n k v e l v e t. Designed by Whitey Mommy