September 17, 2015

Sizzling Yee Mee

Assalamualaikum readers

Aku ni bukanlah pengemar sizzling mee sebenarnya . Seumur idup pernah makan 2 / 3 kali je , hikhik ... ! #IniSeriousOk

Tapi ntah cemane aritu lepas je baca blog KATHYJEM , terus nafsu membuak² nak try buat sebab macam senang je nengok resepinya =P

RESEPI SIZZLING YEE MEE

Bahan² :
6 ulas bawang putih dan 1/2 halia dihiris halus atau ketuk
1 kiub pati ayam
3 sudu kicap cair
4 sudu sos tiram
3 sudu kicap pekat
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 sudu tepung jagung
Cili kering dalam 7 biji dipotong 2 / 3 .. Tak nak pedas letak la dalam 3 biji
Ayam dipotong kecil
2 / 3 sanggul yee mee (2-3 org makan)
Sayur sawi
Telur
6 biji cendawan shitake (rendam hingga lembut)

Cara Memasak :
Tumis bawang putih, halia dan cili kering sampai kekuningan
Pastu masukkan ayam dan goreng sampai separuh masak
Masukkan air dalam 3 cawan
Lepas tu masukkan sos tiram 4 sudu, kicap pekat 3 sudu, kicap kipas udang 3 sudu dan 1 sudu lada hitam yang telah dikisar
Masukkan garam secukup rasa dan 1 kiub pati ayam
Biarkan mendidih dan sehingga ayam masak
Pastu masukkan cendawan, biarkan dalam 2-3 minit
Masukkan air tepung jagung dalam 2 sudu dan sedikit air .. Gaul rata sampai kuah jadi pekat likat
Kuah dah pekat baru masuk sayur sawi ..Sekejap jer jangan lama2 sayurkan cepat masak
Disebabkan hot plate takde, masak telur dalam kuah terus .. Tutup api, dah siap untuk hidang
Yang yee mee tu korang boleh rebus atau celur dalam air mendidih
Yee mee tu letak dalam mangkuk dan tuang la kuah atas yee mee

[Credit to KATHYJEM]


Tadaaa ... ! Ni lah Sizzling Yee Mee homemade by me =) 

1st time buat , kasi can la jaja lebih sikit dalam blog kannn , hikhik ... !

Sedap dap dap gituwww . Kuah likat , rasa pon serba serbi cukup . Tapi cendawan tu , seriously bukan tekak aku lah , haha ... ! Nak kene tukar cendawan jenis lain pulak kot pasni =)

Thanks & Best Regards ,

6 Criticism:

Faranina said...

Waah sedapnye..mmg feveret ni

sheila arshad said...

la..awat 2 ketoi je gambaq. kata 1st time buat. kalo akak harus dari semua angle aku snap hahah

Roziah Muhammad Nor @ Cie said...

teliur la pulak tengok :)

kathy jem said...

hehehe..kita tngk awk masak sizzling yee mee ni terus terliur..weekend ni nak buat lagi la..hehehe senangkan..

Nabihah Arrose said...

Nampak sedap sizzling mee, terliur pulak :-)

fifie feyca said...

sedapnya!

 

Copyright © p!nk veLvet. Designed by Whitey Mommy