July 26, 2014

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum readers  

Hai korang ! Dah ade kat kampung erk ? 
Aku masih kat sini , kat OPIS ! Ye , iols masih bekerja lagi arini uols *sobs sobs*

Tapi takpe , halfday je pon arini . 
Jadi marilah kita ikhlaskan hati arini demi cuti seminggu , hikhik ~

Tahun ni aku beraya rumah mertua dulu .
Esok lepas subuh InsyaAllah baru kitorg gerak balik sana .

So dikesempatan ini , aku nak ucapkan selamat hari raya uols ~

Dalam bermesra mungkin terkasar bahasa, Dalam bergurau mungkin terlanjur senda, Dalam berjanji mungkin ada yang belum dikota, Dalam berbicara mungkin ada yang menyinggung rasa, Jika ada kemaafan, Itu jualah yang dipinta .

Jangan lupa jaga kesihatan musim perayaan ni ye nak² pulak tengah musim jerebu sekarang ni .

Raya mode is ON ~~~

Thanks & Best Regards ,

July 16, 2014

Check-Up 22W : Plasenta Previa

Assalamualaikum readers  

Arini ade appointment checkup n scan kat KK untuk 22 weeks . Bile check berat , hb n kencing , Alhamdulillah semua ok . Tapi bila scan , doktor cakap PLASENTA PREVIA or nama tak officialnya , uri kat bawah ='(



Terus berdebar² bila doktor cakap macam tu . Tapi doktor cakap as long as takde bleeding even setitik pon n takde sakit yg melampau , nothing to worried sebab bila masuk 7 bulan nanti selalunya uri tu akan naik balik . InsyaAllah ~

Buat masa sekarang , doktor tak galakkan aku angkat berat² . Aku rase yg paling berat aku angkat sekarang ni pon si kecik aku tu lah , hehe ! Sorry Nazeef , pasni mama dah tak bole nak dukung² awak sangat ye !

Doktor kasi appointment repeat scan mase 30 weeks nanti . I really hope that time tu nanti uri dah naik balik , Amin Ya Rabbal Alamin ~

Sedikit info mengenai uri :

♥ Uri yang pada awalnya di kawasan atas akan kekal di kawasan atas saja , ia tidak akan ‘turun’ ke bawah

♥ Uri yang pada awalnya di kawasan bawah pula mempunyai peluang akan ‘tersasar’ ke atas apabila segmen bawah uri mengembang kemudian . Peluang ini lebih cerah jika uri terbabit berada pada bahagian dinding hadapan (berbanding belakang) dan agak jauh atau tidak menyentuh pintu rahim (berbanding jika ia menutupi atau melangkaui pintu rahim)

♥ Uri di bawah bermakna ia melekat di bahagian bawah sejak dari awal kehamilan , bukannya ‘terjatuh’ sewaktu kehamilan terbabit

♥ Uri tidak boleh bergerak-gerak ke atas kemudian ke bawah , hadapan , belakang dan seumpamanya

♥ Uri tidak boleh digerakkan ke mana-mana menggunakan kaedah urut atau apa-apa teknik manual doktor

Thanks & Best Regards ,

July 14, 2014

Persiapan Raya 2014

Assalamualaikum readers  

Dah buat persiapan raya ?
Lagi 2 minggu je lagi ni wehhh !

Semalam baru settled bab mendobi sarung kusyen n cadar . 
Langsir pon dah tukar set baru uols . Itupon mertua kasi . Kalau nak harap aku beli sendiri memang koserlah ! =b

Bab kueh raya memang sahihlah aku takkan buat / beli sebab kitorg bukannya beraya kat rumah sendiri pon . So nanti tapau je lah kueh raya drpd umah mak n mertua aku , haha ~

Shopping raya memang satu hape tak buat lagi . Cadangnya tunggu duit bonus hubby , oppsss ~ 
Monopod raya + shutter je yg dah ready, hikhik ~

Yang pasti tahun ni tak bole nak melaram lelebih sebab baju raya aku bertemakan baju mengandung je lah jawabnyer , huhu ~

Thanks & Best Regards ,

July 9, 2014

#WW : Hingga Hujung Nyawa vs Cinta Kolestrol

Assalamualaikum readers  


Thanks & Best Regards ,

July 3, 2014

#JalanJalan : Cameron Highlands

Assalamualaikum readers  

Khamis lepas a.k.a 3 hari sebelum puasa aritu kitorg anak beranak pegi holiday kat cameron highlands . Actually dah lame plan nak pegi sane , tapi asyik tak menjadi je . Tup² kali ni tak plan pape , terus menjadi pulak , haha ! Last pegi sane aritu mase kitorg HONEYMOON dulu .

Plan asal nak gerak dari rumah pukul 8:00 , tapi tong teng tong teng , udah pukul 9:00 baru keluar . Sejam yg pertama dlm perjalanan ok lagi , lepas tu anak aku dah mula meroyan . Boring gamaknyer dok dlm kereta lelame . Ni first time kitorg bawak dia jalan jauh , pffttt ~

Stay kat HOTEL DE LA FERNS . Hubby belanja hotel mahal sikit , hadiah anniversary aritu katenyer , hikhik ~

De La Ferns, Cameron Highlands, Hotel Best
De La Ferns, Cameron Highlands, Hotel Best
Baju yg dia pakai ni actually baju aku mase kekecik dulu , turun temurun gituwww ~

Mase kitorg sampai tu tak sejuk mane pon . Tapi si kecik ni tetiba batuk² pulak . Petang tu hujan , tanya org kat situ , dia cakap dah 2 bulan tak hujan , petang tu baru hujan , choiii sangat tau ! Terus terbantut nak pegi jenjalan sebab si kecik ni makin teruk batuknyer . Just pegi BHARAT TEA PLANTATION je .

Cameron Highlands
Tengah layan dia cerita pasal bird

Cameron Highlands
Gaya ala-ala model =P

Kat sini mak buyong tak koser nak turun dah

Beli teh utk my mom n mertua kat sini then terus balik hotel . Otw nak balik hotel tu singgah jap tepi jalan beli jagung *mengidam*, hikhik ~

Malam tu si kecik ni meragam tak dapat tido lena sebab batuk non-stop . Terus aku pon tak dapat tido lena plus susah hati tengok dia batuk² , huhu ~

Esoknya bangun pagi tengok kemain sejuk . 

Sejuk, Hotel Best, Brinchang, Tanah Rata

Terus kitorg laki bini buat keputusan nak chalo awal sebab kecian kat si kecik tu . So lepas breakfast kat hotel , singgah jap kat KEA FARM n terus chalo .

Muka budak tak sihat . Breakfast pon takmau dah :'(

Lepas turun je cameron , terus elok budak ni . Nampak nau awak tak tahan sejuk ye sayang ? Takpe , next trip kita pegi tempat panas² pulak , hikhik ~

Thanks & Best Regards ,

July 1, 2014

Menyambut Ramadhan Di Opis Baru

Assalamualaikum readers  

Alhamdulillah ~ Dah masuk hari ketiga dah pon kita berpuasa kan ? Sebelum ni kemain cuak aku dok pikir cemanelah aku nak puasa dengan keadaan memboyot camni . 

Mane taknyer , sebelum ni kalau aku tak makan on time , mulelah muntah² n pening . But syukur sangat , masih diberi kekuatan untuk menjalani ibadah puasa . Hope berterusanlah sampai akhir Ramadhan , amin ~

Owh by the way , Ramadhan kali ni aku dapat opis baru , yahoo ~ Bos aku pindahkan kitorg daripada tingkat bawah ke tingkat atas . Sokaaa sangat sebab opis ni lebih privacy n paling penting tersangatlah luas =)


Tempat aku

Pintu ni tak siap lagi , tunggu org central lock datang buat

2 org je pon staff opis , hehe ~

Ni tak abeh kemas lagi , pffttt ~

Banyak lagi tak siap sebenarnya . Nak kemas rak file , perabut bilik bos tak sampai lagi , surau tak siap lagi , pintu central lock tak buat lagi n so on lah . Tapi , asalkan tempat kitorg dah siap dulu kira dah Alhamdulillah sangat dah ni , hikhik ~

Oklah , nak sambung buat kerja . Semangat ni semangat ! Hahaha ~

Thanks & Best Regards , 

 

Copyright © p i n k v e l v e t. Designed by Whitey Mommy