April 25, 2017

Jom Beli Tiket Penerbangan Murah dengan Traveloka

Assalamualaikum readers


Dalam keadaan ekonomi yang kian mencabar pada masa kini, mesti ramai diantara kita yang sedang sibuk membanting tulang dan bertungkus lumus bekerja tak kira masa demi mencari sesuap nasi kan? Ceewah, ayat tak boleh blah, hahahaha.
Tapi seriously, itu adalah hakikat yang harus kita terima dan tempuhi walaupun pahit untuk kita semua terima. Sampaikan ada yang sanggup korbankan masa bercuti untuk diri sendiri ataupun bersama family agar dapat berjimat cermat. Lagi-lagi nak bercuti ke tempat yang memerlukan korang untuk pergi ke destinasi dengan menaiki kapal terbang, lagi la mengeluh kan? Dengan harga tambang yang mahal lagi.
Oleh itu, jangan risau saudara saudari, kini semuanya tidak lagi menjadi halangan dengan adanya traveloka.com!
Baiklah pada mereka yang baru first time nak cuba try test booking tiket penerbangan dengan menggunakan traveloka ni, begini caranya.
First things yang korang kena buat ialah log in traveloka ni dulu [LINK], lepas tu klik pada tempahan untuk tiket penerbangan ataupun Bahasa English nya ialah ‘flight’, and then, korang kena pilih tarikh penerbangan yang korang plan nak pergi. Bukan itu sahaja, korang kena pilih jugak nak one way trip ataupun round trip, jangan lupa nyatakan juga berapa orang yang akan turut serta pada hari kejadian, dan kalau ada yang bawa kanak-kanak pun sila nyatakan, pastu klik pada ‘search flight’.

Next, skrin akan memaparkan pelbagai jenis syarikat penerbangan yang available pada tarikh yang korang set awal-awal tadi, bukan tu sahaja tau, terdapat pelbagai jenis harga yang ditawarkan mengikut latest promotion yang diberi. So, tugas korang ialah pilih sahaja waktu penerbangan dan harga tiket mengikut bajet dan kemampuan korang.
Sudah selesai semua tu, korang dikehendaki mengisi maklumat penumpang dan settlekan pembayaran. Selepas 60 minit korang buat pembayaran, korang akan dapat notification about e-ticket through korang punya email. Mudah bukan?
Senang cerita, traveloka memang akan memudahkan kerja korang untuk membuat tempahan tiket kapal terbang dan membuat tempahan mengikut apa yang anda perlukan tanpa ada sebarang charge yang tersembunyi.

Bukan itu sahaja, dengan menggunakan traveloka, korang boleh membuat pilihan penerbangan mana yang selesa dan memenuhi kehendak korang, lebih-lebih lagi bagi mereka yang terikat dengan bajet dan ingin berjimat cermat, traveloka adalah jawapannya!

Selain itu, traveloka juga menawarkan perkhidmatan untuk menempah hotel dan penerbangan sekali gus, jadi korang tak payah la serabut memikirkan mana nak booking flight dan hotel secara berasingan, sekali harung kan senang.



Dan yang paling best sekali apabila korang buat tempahan through traveloka, tak kira lah tiket flight ataupun hotel, ianya sentiasa menawarkan harga yang termurah dan terendah. Nak lagi best, korang kena la create account and login, hal ini kerana traveloka akan menawarkan special flights and hotel prices just for member.

Istimewanya traveloka ni, seperti yang saya nyatakan tadi, tiada charge yang tersembunyi, apa yang dipaparkan, pada harga itu lah yang korang akan bayar. Mana tidak nya, dengan zaman yang mencabar ni, macam-macam taktik yang mereka gunakan untuk menipu pengguna, yang menjadi mangsanya ialah kita. Jadi, dengan menggunakan khidmat tarveloka ni, korang tak perlu risau, semuanya dijalankan secara telus dan transparent.



Selain daripada itu, traveloka juga menyediakan khidmat bantuan 24/7 tau. So, kalau korang perlukan bantuan, jangan risau, korang boleh try reach customer service menerusi tiga cara, iaitu menerusi email, phone dan live chat.

Bagi memudahkan kerja korang lagi, korang boleh dapatkan aplikasi traveloka sekarang di smart phone korang.


 


Bila terasa nak booking tiket flight ataupun nak buat tempahan hotel, terus jep gunakan aplikasi traveloka ni, tak payah la bersusah-susah ambik masa nak guna laptop baru boleh buat tempahan. Come on guys, sekarang maklumat sudah ada di hujung jari sahaja, apa gunanya ada smart phone tapi tidak menggunakan dengan baik kan?


More info pasal traveloka ni korang boleh check it out kat :

Website : https://www.traveloka.com/ms-my/
Facebook : https://www.facebook.com/TravelokaMY
Instagram : https://www.instagram.com/travelokamy/
Twitter : https://twitter.com/TravelokaMY

Ok guys, semoga artikel ni sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi korang option untuk membuat tempahan tiket flight pada masa akan datang. Akhir kata, selamat bercuti dengan cara yang bijak!

Thanks & Best Regards ,

3 Criticism:

Seorang Syed said...

Memang mudah guna Traveloka ni. Senang nak cari hotel yang murah-murah. Nanti kalau nak travel guna ni jalah hehe.

Anonymous said...

slalu gak usha traveloka ni..

zarul farhana said...

mudahnya

 

Copyright © p i n k v e l v e t. Designed by Whitey Mommy