February 11, 2015

Berebut Buaian

Assalamualaikum readers  

Blog ni dah macam 100% blog mak² sangat tau . Asyik jaja cerita pasal anak je =b
Lantokkan je lah ye , haha ! 

Sekarang dah ada drama baru kat rumah aku . Drama berebut buaian oleh #MySetahunSorangKids


Aku start ajar Nazeef Muslim tido buaian mase dia umur lebih kurang 50 hari . Sampailah sekarang umur dia dah nak masuk 2 tahun April ni pon , dia still tido buaian , haha ! Ni kes malas namenyer . Actually bole je dia tido without buaian dah sekarang , tapi masalahnya aku malas nak layan cekadak dia tu . Kalau letak dalam buai sepantas kilat dia terus bole tido . Lame pulak tu tidonya . Kan senang namenyer tu , haha !

Izz Iman Rania pulak memang aku dah nekad semenjak dia lahir aritu , memang takmo ajar buaian sebab aku dah mendapat time Nazeef Muslim dulu . Nak berjalan mane pon punyalah susah kemain . Memang takde pilihan time tu . Samada nak hadap meroyan dia sepanjang hari , tak pon berangkutlah buaian ni pegi memane , pffttt ~


Masalahnyer sekarang , lepas je Izz Iman Rania kenal ape tu BUAIAN *kat nursery memang dorang kasi buaian* , terus dia pon macam meroyan nak tido buai jugaq bila balik rumah . Pantang nampak kitorg henjut Nazeef , terus dia jadi tak senang duduk . Nangis tak pasal² . Kasi susu taknak , pujuk bagai pon taknak . Tapi bila letak dalam buai , terus automatik dia senyap sambil buat muka bangga , pffttt ! Akai dah mengalahkan abangnyer , padehal 3 bulan pon belom lagi tau , hahaha ~

Yg abangnyer pulak , kalau dia nampak adeknyer macam dah ade aura² nak masuk buai , memang TAKLAH dia nak turun drpd buai tu , pffttt ~ 

Actually tido BUAIAN ni ade pro n kontra dia tersendiri tau .
PRO = Budak tido lena n lama ; 
KONTRA = Payah nak berangkut ke sane sini kalau dia terlalu bergantung tido kat buaian

Arapnyer Izz Iman Rania takdelah terlalu bergantung nak tido buai je doplohpat jam ye nak ! Amin ~

Thanks & Best Regards ,

12 Criticism:

adk dayah said...

memang tekanan..hehe anak saudara dayah ada yang xnak tidur bawah nak tidaur dalam buaian juga..memang mendapat la kami kalau keluar bawak dia..huhu

Chekgu Azrine said...

dak aish pun tido buai bila susah nak bg dia tido...tp xd masalah tido tanpa buaian pun..alhamdulillah..tp tula bila dah ajar buaian ni memang kena hadapla bila anak payah tido kan sis..rezeki memasing...

Sue Izza said...

comelnyaaaaa....dah pandai berebut ye hehehhe

Marina Ibu Zidane said...

Anak saya dua2 tak pakai buaian. Senang. Amboi. Biar la nak jaja cite anak sendiri pon kan. Hehe.

Dkna Abza said...

dulu pernah cakap kat suami nak beli buaian untuk mikhail sebab dia tidur kejap2... last2 kami tak beli sampai sekarang umur dah 9 bulan. dah biasa dengan waktu dia tidur, nak kemana pun tak risau nak kena angkut buaian..letak je mana2 terus tidur..hehehee

mohdridzwan said...

Anak wan tak guna buaian.
Naseb baik juga la...kalau tak nak ke mana2 nanti susah.
Apapun, seronok tgk gelagat anak-anak ni.

Ann Ishak said...

betul tu, budak kalau tido guna buai memang lama lenanya, kalau tido tanpa buai, tak sampai sejam dah jaga balik :p

Kyla Pearlisha said...

Hai dear.dlu anak sy pon tido buai.dlm pantang smpi 3 bulan je.lepas tu biasakan dia ttido atas katil n bobok dia.Leceh klu tido buai ni,nk kemana2 nk kne ada buai heheh

Hafizul said...

Boleh pulak dia duduk dalam tu..haha..macam-macam ragamnya..hehe

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, adam pun tidur buaian bila kat rumah babysitter. kat rumah tidur bawah je sebab dia ngempeng malam ke pagi. hahah tapi dulu dah pernah merasa bawa buaian balik kg johor masa baru start kerja dulu. dia nak layan buaian je T__T"

NJihe.am said...

Salam singgah, si comel dah cerdik! :-) jemput singgah http://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html?m=1

ezyra daniel said...

susah jugak kan kalau tak boleh berengang dengan buaian..nnti nak tido pon tak boleh ehehe

 

Copyright © p!nk veLvet. Designed by Whitey Mommy