August 30, 2017

Kempunan :'(

Assalamualaikum readers

Sehari sebelum aku beranak Izz Iman Kaisa a.k.a 3 hari lagi sebelum raya haritu kemain semangat aku plan dengan husband nak masak sendiri ketupat and rendang tau

Siap dah bukak daun palas weyyy


Yg jadi semangat lebih tu sebab tahun ni macam molek sikit dah aku mengayakan ketupat daun palas ni setelah 2 3 tahun berguru dengan MIL , hikhik ~

Siap plan esoknya nak pegi beli daging and pulut sesiap tau

Tup² nahhh , esoknya tu jugaq seketui budak dah tak nyabo nak sambut and kutip duit raya tu keluar , haha..!

Makanya kempunan je lah mama nak makan ketupat palas . Dah la kene pantang dalam setahun gitu kot pulut . Raya haji ni pon mampu tengok je lah jawabnya 

Thanks & Best Regards ,

August 29, 2017

Ayah Kehilangan Around RM150K Gara-Gara Scammer

Assalamualaikum readers

Allahuakbar , dah seminggu berlalu namun kejadian tu masih fresh kat ingatan kami sekeluarga , nak² pulak ayah aku 

Ape yg aku nak share harini anggaplah sebagai awareness untuk semua

23 Ogos 2017

Pukul 8:06 am , masa ayah kat office , ayah terima panggilan drpd nombor tak kenal . Selalu dia tak angkat tapi ntah macam mana pagi tu dia boleh angkat pulak

Pemanggil kononnya pegawai bank daripada AFFIN BANK TERENGGANU , dia cakap yg ayah masih ada hutang RM3K dengan bank

Bila ayah cakap takde , dia cakap kalau gitu maybe ade org gunakan nama ayah so ayah kene cecepat buat report polis . Dia cakap dorang boleh terus transfer phone ke balai

Yg angkat tu sarjan . Dia tanya ayah kenape ? Bila ayah cerita sekian² , dia cakap Affin Bank tu sebelah balai dorang je

Sarjan tu mula soal siat latar belakang ayah sebab katanya nak check samada ayah ade rekod jenayah or tak

Bila dah check , tup² dia kata ayah memang ade rekod jenayah and memang dikehendaki polis atas sebab memalsukan ic and dadah

Dia suruh datang BALAI POLIS TERENGGANU tu sekarang jugaq untuk direman . Siap cakap kalau ayah pergi balai polis kat sini je pon memang akan terus direman

Pastu dia cakap dia akan sambungkan panggilan ke INSP ZAKI and suruh ayah buat rayuan kat insp tu

Bila sambungan dibuat , insp zaki tu terus tengking ayah and suruh datang balai tu on the spot jugaq , bawak 2 helai pakaian . Tak sempat ayah nak cakap apa² sambungan dah disambung ke sarjan tu balik

Sarjan tu sambung panggilan ke sorg insp cina ni pulak sebab katanya insp ni boleh tolong ayah

Insp cina tu kasi 2 pilihan kat ayah , reman or benarkan segala akaun ayah disiasat sebab ini dah melibatkan mahkamah

Ayah pilih yg benarkan akaun disiasat tu 

Dia cakap sekarang ayah kene pergi bank , transfer dulu duit yg nak guna utk perbelanjaan family sementara mahkamah nak siasat sbb nanti semua akaun akan freeze . Talian tak boleh dimatikan

Allah .. Allah .. Allah

Time ni ayah dah jadi macam org bodoh , langsung tak sedar apa² . Ayah dipukau . Ayah ikut je segala kehendak dorang

Ayah boleh patah balik rumah ambik buku bank and power bank mak aku untuk cas phone dia tu . Time tu mak ade tegur , tapi ayah senyap je . Allahhhh

Dorang suruh bukak AMBANK and transfer RM100K drpd akaun ASB ayah . Then pergi bukak pulak akaun BANK ISLAM and transfer RM47K drpd akaun TABUNG HAJI ayah

Ayah ikut je semua while talian masih on . Lepas settle tu ayah siap boleh kasi nombor kad , nombor pin semua kat dorang

Allahurabbi 

Tengah ayah on the way nak pergi CIMB BANK pulak *if i'm not mistaken* , ayah nak terkencing sangat² . Kebetulan pulak lalu kat masjid , so ayah stop kat situ

Ayah tengok jam dah nak masuk Zohor , so ayah bagitau caller tu yg ayah nak sembahyang Zohor dulu . Dia tanya ayah berape lama ? Ayah cakap dalam 15 minit gitu . Dia cakap ok , tapi jangan matikan phone

Bunyi je azan , tup² ayah macam tersentak "EHH , APE AKU TENGAH BUAT NI" . Terus dia masuk kereta , drive balik office while talian masih on . Bayangkan berapa jam dia call ayah ?

Ayah call adek lelaki aku guna phone office . Terus adek aku menjerit "SCAMMER TU , CEPAT PUTUSKAN TALIAN HANDPHONE SEKARANG JUGAQ"

Laju² ayah terus drive pergi affin bank check . Guess what ? Memang nama ayah bersih drpd sebarang hutang

Pergi pulak ambank and bank islam tadi , RM 0.00 . Yes , ZERO..! Bayangkan perasaan ayah time tu ? Tahun depan je lagi dia nak pencen dah

Allahuakbar 

Speechless . Sedih . Selalu dok baca viral pasal kes ni kat fb je , tak sangka boleh kena kat ayah sendiri . Sambil taip ni pon aku masih lagi berair mata terbayang wajah and hasil penat lelah ayah selama ni

But my dad is very strong and positive person . Dia cakap everyday sebelum keluar rumah mesti dia akan recite doa perlindungan . So maybe that day Allah nak selamatkan dia from bala yg lebih berat , Allah aim bala tu kat duit ringgit dia instead

Kuatnya ayah aku Ya Allah . Mudah²an kami pon diberikan kekuatan macam ni and learn apakah maksud REDHA yg sebenar 

Mohon doakan rezeki yg berlipat kali ganda untuk ayah aku , Amin Amin Amin ~

Report polis dah buat . Bank pon cakap memanglah bole trace balik duit tu pergi akaun mane , but nothing we can do sebab scammer dah buat it looks like macam my dad yg salah

Duit tu semua pon macam dah takde harapan nak dapat balik sebenarnya but we do keeps praying je lah , manelah tau kot dah tertulis rezeki tu memang milik dia jugaq ke kannn

p/s :

Mesti ade spesis yg suka mengecam akan cakap "haaa, lain kali jgn suka² dedahkan nombor akaun and bla bla bla kat org"

Hellooo , please trust me..! If u are being under influence , there's nothing u can do dah tau 

My dad memang bukan seorg yg careless , in fact he is very extra berhati² and alert sebenarnya tau . Tapi dah tertulis takdir dia macam tu haritu , he cant do anything dah . Semuanya dah diluar kawalan minda dia

Please pray yg baik² for him . TQIA 

Thanks & Best Regards ,

August 28, 2017

Pengalaman Bersalin Anak Ketiga

Assalamualaikum readers

Post kali ni aku nak share pasal pengalaman aku bersalin anak ketiga haritu

Sambil nak taip ni pon sebak sebenarnya . Sebak bukan sebab ape , sebab mengenangkan betapa mudahnya proses bersalin anak ketiga ni haritu

Syukur Ya Allah , syukur Alhamdulillah 

22/06/2017

3:30 am - masa tido tu sakit macam org tahan kencing sangat² . pegi kencing , pastu tido balik

4:30 am - lagi sekali sakit macam nak terkencing sangat² dah . pegi kencing , pastu baring² kat sofa hall sebab mengenangkan japgi pukul 5 dah kene siapkan sahur

4:40 am - rasa tak sedap hati dalam dok tidur² ayam tu . terus gerak husband bagitau kot² ni sakit nak bersalin dah kot

5:00 am - teman husband sahur sambil luahkan rasa tak puas hati sebab baby nak keluar dah and aku terpaksa tinggal puasa 3 hari and tak sempat nak raya , haha..!

6:00 am - dah start sakit manja² . call mak aku bagitau dgn yakinnya yg japgi dalam pukul 10 gitu baru nak pegi hospital . siap pesan petang nanti tolong ambik nazeef and iman kat nursery

6.30 am - sakit sangat² sampai terpaksa nangis depan anak² setiap kali contraction datang . nazeef siap bacakan Al-Fatihah and cakap "baby nak mai dah kan" . Allah , sebak sangat bila teringat balik betapa big boy sangat dah anak aku sorang tu

7:00 am - husband suruh aku siap² nak terus pegi hospital sbb dia tengok aku sakit teruk sangat dah . sambil tu dia siapkan barang ape² yg patot and kemas beg anak² nak hantar pegi nursery and then kitorg terus shoot pegi hospital

7:20 am - sampai hospital . sementara husband cari parking , aku turun dulu tunggu kat ruangan menunggu . sekali contraction datang pulak , jenuh berkerut² muka aku . kebetulan pulak ade doktor kat situ , so dia terus ajak cek bukaan . dalam hati dok ingat ini mesti 2 cm ni . sekali nahhhh 7 cm . terus tolak masuk LR

7:50 am - dalam ayahnya dok tengah sibuk daftar tu , tup² tak dan² budak tu dah selamat dah pon tengok dunia , Alhamdulillah~

Meet my lil princess a.k.a 3rd baby , Izz Iman Kaisa 


Lahir² je terus isap jari n mulut chap chap chap . Bulan puasalah katakan 


Anak aku lahir memang pesen haluih² . Yg ketiga ni yg paling haluih , 2.8kg je . Tapi checkup sebulan haritu dah naik sampai 4kg , haha..!

Alhamdulillah , semoga membesar dengan sihat sayang 

Syukur sebab doa aku sepanjang pregnant dimakbulkan . Doa nak dipendekkan waktu sakit bersalin , doa nak sampai² hospital je bole terus bersalin tak payah nak masuk² wad lagidah , doa nak susu badan meriah , doa nak baby sihat sempurna .

Alhamdulillah~ Alhamdulillah~ Alhamdulillah~

Jahit pon sikit sangat kalini , so senang sangat nak jaga since aku berpantang kat rumah sendiri

By the way , masa lahirkan dia haritu tali pusatnya tu ade simpul mati tau kat tengah² . Doktor and nurse siap mintak izin nak ambik gambar tali pusat tu sebab nak study ke ape ntah . Aku pon sempat tengok sepintas lalu je 

Thanks & Best Regards ,

Selamat Kembali Bergelar "BLOGGER"

Assalamualaikum readers

Haluuuu..! I'm back 

Tiup kiri , tiup kanan , fuhhh fuhhh , hilangkan habuk kat blog ni sikit , hehe..!

Last update masa pregnant 8 bulan haritu . Harini budak seketui tu dah 2 bulan 6 hari dah pon , haha..!

Aku dah start masuk keje balik harini lepas 2 bulan maternity leave

Sebab tu lah bole update blog ni 

Macam biasa , baik anak sulung ke , kedua ke , or yg ketiga ni pon sama je . Pepagi tadi lagi dah ade drama air mata tau sebab kene tinggal baby kat nursery

Cepatlah pukul 5 *sobs sobs*

Ok lah , jumpa kat next post nanti pulak ye . Nak lepas rindu blogwalking jap 

Thanks & Best Regards ,

 

Copyright © p i n k v e l v e t. Designed by Whitey Mommy