July 29, 2016

Petua Kulit Cantik Menggunakan Ais Batu

Assalamualaikum readers

Mood nak update blog dah makin kelaut . MALAS..! MALAS..! Dan MALAS lagi..! :P

Arini scroll FB terjumpa satu artikel ni yg aku rasa menarik utk share :

Petua Kulit Cantik Menggunakan Ais Batu

Ternyata AIS BATU bukan setakat menyejukkan minuman, tetapi boleh jadi petua kulit cantik!


Sebenarnya ais batu, bukan sebagai salah satu petua kulit cantik yang dapat merawat kecantikan wajah. Ada banyak manfaat lain yang boleh digunakan untuk mengubati masalah jerawat yang muncul di wajah anda.

Berikut beberapa manfaat untuk kulit cantik gunakan ais batu:

1. MENYEGARKAN KULIT WAJAH YANG PENAT
Apabila anda menekap ais di wajah, secara automatik tubuh akan mengirimkan peningkatan aliran darah panas ke kawasan tersebut, sehingga meningkatkan peredaran darah. Perkara ini akan menimbulkan efek yang menyegarkan pada kulit anda yang kelihatan penat ataupun kusam.
Caranya mudah sahaja, ambil beberapa ketulan ais dan letakkan dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah anda. Tetapi, ingat ya… jangan tekap ais tersebut secara langsung ke wajah anda kerana ia boleh merosakkan pembuluh darah kapiler.

2. MENGECILKAN RUANG PORI
Ais juga boleh digunakan sebagai ubat paling efektif untuk meminimumkan ruang pori-pori yang membesar. Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil di wajah anda untuk mengurangi ukuran pori-pori sebelum anda memakai mekap.

3. MENGUBATI MATA SEMBAB
Kurang tidur, terlalu stress atau mata yang penat boleh menyebabkan mata kelihatan sembab atau bengkak. Anda boleh menggunakan mengunakan ais ini jika anda sedang mengalami kesedihan berlebihan, menangis tak berhenti. Tidak mustahil, mata anda akan menjadi bengkak.
Untuk menguranginya, anda boleh memanfaatkan ais batu. Caranya, bungkus beberapa ketulan ais batu dengan tuala dan gosok perlahan-lahan di permukaan kulit di bahagian mata anda. Kesejukan ais akan memberikan efek yang menenangkan di mata anda.

4. MENGURANGKAN MASALAH JERAWAT
Ketika jerawat muncul di wajah anda, ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangi bengkak dan kemerahan tersebut. Selain itu, penggunaan ais batu ini juga sebagai penyeimbangan kadar minyak berlebihan serta mengempiskan dan menghilangkan jerawat anda.

5. MENGURANGKAN BULU-BULU HALUS
Jika anda memiliki bulu-bulu halus di sekitar wajah dan stress dengan pertumbuhannya, anda boleh cuba mengurangkannya dengan menggunakan ais batu. Penggunaan ais batu sangat membantu untuk menghilangkan semua akar-akar kecil pada kawasan wajah anda.

6. WAJAH LEBIH ANJAL & LEMBUT
Jika anda ingin memiliki wajah yang lebih anjal dan lembut, petua kulit cantik guna ais adalah jawapannya!
Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna, lakukannya tiga kali dalam seminggu.

7. MENINGKATKAN PEREDARAN DARAH 
Petua mendapatkan kulit cantik guna ais yang seterusnya, gosoklah ais batu yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama seminit. Ia berfungsi untuk meningkatkan perjalanan darah, ia sangat efektif untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan secara rutin, tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.

8. MEKAP MENJADI TAHAN LEBIH LAMA 
Anda disarankan untuk menekap wajah dengan ketulan ais batu yang dibaluti tuala kecil beberapa minit sebelum mengaplikasikan solekan di wajah. Setelah menekapnya dengan ais batu, biarkan selama lima hingga 10 saat supaya airnya mengering sebelum anda apilkasikan serum ataupun mekap. Ketulan ais batu akan membantu menjaga mekap menjadi tahan lebih lama serta membantu untuk menutup ruang pori-pori pada wajah.

Jom amalkan :)

Thanks & Best Regards ,

July 18, 2016

Searching Tadika For #NazeefMuslim

Assalamualaikum readers

Harini pepagi lagi kitorg laki bini dah pergi survey tadika utk Nazeef . Ye..! Dah besar dah anak aku sorang tu . 4 tahun dah dia next year *sobs*


Zaman aku dulu org masuk tadika 6 tahun je weyyy , zaman sekarang kemain tau , 4 tahun dah kene masuk tadika . Ehh , optional sebenarnya :P

Pilihan kitorg setakat ni either nak hantar :

Tadika Pasti


Or


Taski Abim

Sebabnya ? 1st sebab memang dekat dgn office aku , selang 2 blok gitu je . 2nd sebab dorang ade sediakan transit sampai petang siap dgn makan minum , so should be ok lah kan . Yuran pon ok , consider mampu lah lagi berbanding brainy bunch , hikhik..!

Thanks & Best Regards ,

July 14, 2016

Drypers Oh Drypers #BikinPanasJe..!

Assalamualaikum readers

Anak² aku memang pengguna tegar Drypers . Tambah² si Rania tu , drpd lahir sampailah sekarang *setahun 8 bulan* still dok guna Drypers Wee Wee Dry je

Macam biasa , time dapat gaji je terus kitorg pegi beli 2 pek buat stok untuk sebulan lebih . Nak dijadikan cerita , gaji hari tu syuben yg pergi beli , dia beli sepaket je dulu sebab mahal katanya

Aku tengok pek tu sambil dalam hati dok cakap "ehh memang M=74 je ke" 


Pastu kebetulan dalam hari yg sama tu jugaq time aku bukak FB , tengok ramai pulak yg dok viral pasal isu kualiti drypers yg ni makin teruk

Terus cecepat aku bukak pek tu ...


Yg atas tu packaging lama , yg bawah packaging baru . Kalau korang perasan , yg atas tu muat 22 keping , yg bawah muat 24 keping pulak padehal aku isi padat² sama je



Ni perbandingan antara drypers touch *dapat free sampler* , packaging lama n packaging baru . Sumpah nipis gila ok yg baru ni , dah la kualiti macam kertas je , mau melecet pinggang n celah kangkang anak aku nanti *sobs*

Aku syak dorang ni mesti nak suruh mommies semua bertukar ke DRYPERS TOUCH kot , sebab tu dorang buat DRYPERS WEE WEE DRY ni kualiti gini . Masalahnya harga tak reasonable betul . Bangang forever..!

Kalau kualiti gitu baik aku beli pampers takde jenama je , dah sah² jauh lagi murah , pffttt..!

Bukan aku sorang je yg meroyan pasal isu Drypers ni tau . Ramai lagi yg tak puas hati sebenarnya . Kalau korang tak percaya bole check it out page DRYPERS MALAYSIA 

Mohon pihak DRYPERS MALAYSIA cecepat ambil solution sebelum weols say selamat tinggal 4-ever to uols ye..!

Thanks & Best Regards ,

July 12, 2016

1st Time Buat Ketupat Palas + Rendang Daging Sendiri

Assalamualaikum readers

Raya tahun ni macam special sikit sebab tetibe aku mai mood rajin pulak nak try buat sendiri ketupat palas + rendang daging

Selalunya buat kat rumah mertua je time raya , itupon selalu failed . Mertua siap kene ajar sampai lapanploh kali pon still aku blur jugaq , haha..!

Tapi tahun ni semangat nak buat sendiri tu kuat sebab belah family aku memang takde buat ketupat palas ni . Rendang pon family aku buat rendang ayam

Org kata benda baik jangan tangguh² , jadi marilah kita cuba , hikhik..!


First time try buat sarung dia memang nangis , berpintal abeh tangan , kejap jadi bentuk jantan , kejap jadi betina , haha..!

Tapi try n try lalu terus elehhh senang je ni , takde susah lagi ke ? Ewahhh, hikhik..!


Tadaaa..! Kukus pulut separuh masak , pastu bungkus , pastu kukus balik . Siap :)


Makan pulak dengan rendang daging resepi mertua , perghh ~

Rendang ni dapat pujian drpd my parents , siap request next year iols kene masak lagi time raya . Terus iols fefeeling chef uols , haha..! Okbai ~

Thanks & Best Regards ,

July 11, 2016

#TeamRayaKampungSendiri :)

Assalamualaikum readers

Hai korang...!
Selamat Hari Raya , Maaf Zahir dan Batin

Korang dah start keje ke ? Aku dah , tapi mood masih kelaut *sobs*

Tahun ni raya 1st kat rumah parents aku which is 10 minit je dari rumah aku .. Raya 2nd pulak balik rumah mertua kat Taiping , sejam 15 minit .. Jem ? Ape tu ? #FlipHair Hahaha..!



Baju semua di sponsor oleh my parents . Beli kat Mekah masa dorang buat umrah aritu :)

Raya kalini takde kemane pon sebab cuaca panas kemain . Tunggu org datang rumah je , hikhik..!


Berjaya menambah sekilo raya ni sebab makan tak pantang , air manis 24 jam *sobs*

Thanks & Best Regards ,

July 1, 2016

Selamat Hari Raya & Selamat Bercuti Semua..!

Assalamualaikum readers

Credit to Sue

Selamat Hari Raya n Selamat Bercuti semua Emoticon blowing a kiss

Blog pon bakal CUTI seminggu nampaknya ni , hehe..! C ya n drive safely ye Car symbol

Thanks & Best Regards ,

 

Copyright © p i n k v e l v e t. Designed by Whitey Mommy