November 25, 2013

Ads : Pembersih & Penjernih Lampu Kereta

Assalamualaikum readers  

Lampu kereta anda menjadi kuning ? Kesan oksida ? Kusam ? Kabur ? Kotor ? Buruk ? Tidak bermaya ?

NAZ SERVICE ENTERPRISE (002277217-W) memperkenalkan produk cecair dan teknologi terbaru dari Malaysia iaitu :

"OSHiNE HEADLAMP CLEANER"






Produk cecair pembersih lampu kereta ini bertujuan membersih, menjernih, mencerah dan menyinarkan semula lampu kereta anda seakan baru . 

Keberkesanannya amatlah dijamin dan mampu membuat pemanduan anda lebih berkeyakinan dan selamat .

  • MUDAH kerana tidak memerlukan peralatan canggih (cuci guna tangan je)
  • MURAH kerana harga mampu beli oleh rakyat Malaysia (boleh guna sampai 10 kali)
  • JIMAT MASA kerana hanya memerlukan masa 2 minit sahaja !!!
Sesuai digunakan untuk kereta² lama seperti proton saga, proton wira, perodua myvi, perodua kancil, perodua kelisa, kia citra mahupon kereta² baru seperti proton persona, proton saga blm, toyota avanza, toyota inova, toyota unser, perodua viva, perodua alza, proton gen2 dll .

Jangan bazirkan wang anda membeli lampu kereta yg baru . Cuba dahulu , dijamin berkesan . Gerenti punya !

Hanya RM 20.00 sebotol (tidak termasuk postage)
Harga borong boleh bincang

COD : Taiping / Lumut / Ipoh

Call / SMS / Whatsapp untuk maklumat lanjut : 017-560 7507 (Khairul)

 ~~ thanks for reading \(^_^)/

November 18, 2013

Berdating Dgn Bff Tersayang

Assalamualaikum readers  

Setelah sekian lama tak jumpa , finally sabtu lepas barulah aku berkesempatan jumpa bff tersayang , Diana . Itupon sampai seminggu nak plan tau , pffttt !

Actually sabtu tu ade kenduri kawan kitorg kat ipoh . So aku plan , pagi tu aku singgah rumah dia jap , lepak² n tengahari tu barulah kitorg gerak sesame pegi kenduri .

Naseb baik en. suami on je dgn plan aku tu , hihihi~

Yg lawaknya , ni 1st time baru aku sampai rumah dia lepas dia kawen tau . Dia kawen pon dah nak masuk 3 tahun rasenyer , haha ! Sorry sayang =P


Mak² je yg over posing . Si anak macam tak berminat pon , haha !

Yg anak aku ni pulak , dok perhati je segala gerak geri anak bff aku ni , Awish . Nak² pulak si Awish ni jenis tak bole dok diam . Asyik berlari je . Lagi suka dia perhati tau . Nak ikot jejak letewww !

Kat rumah Diana , time Awish dok main beskal roda 3 , kemain anak aku dok perhati je kiri kanan , kiri kanan . Sekali aku pon test la letak dia atas beskal tu . Nahhh ...

7++ months Nazeef Muslim

Tangan tu dia letak sendiri kat handle . Pastu dia tahan sebelah kaki kat bawah nak imbang badan . Siap tak kasi kitorg pegang dia pulak tu . Kemain tau . Haha !

Best jugaq sekali sekala dapat hang out macam ni kan yunk . Pasni kita plan pegi holiday sesame pulak tau since hubby kita pon sembang dorang mengalahkan kita yg dah kenal lame ni , haha !

Congrats Dilla . Cantik n sweet sangat color ni dgn ko :)

~~ thanks for reading \(^_^)/

November 11, 2013

Merawat Nazeef Bertahi Mata

Assalamualaikum readers  

Ni kisah ujung bulan lepas , tapi baru sekarang nak update . Bole? Haha ! Naseb lahhh ~

Ujung bulan lepas kan , almost seminggu gaqlah , mata Nazeef asyik bertahi je . Aku bersihkan pon jap² ade lagi  , jap² ade lagi dan lagi . Pffttt ~ Stress aku !

Stress satu hal . Kecian pon satu hal . Ye la , kalau dia bangun tido , punyalah azab nak bukak mata . Pastu kalau asyik bersihkan je , abeh bengkak keliling matanya , huhu !

Aku dah bawak jumpa doktor sebab ingatkan dia sakit mata ke ape kan . Rupenyer tak ! Doktor cakap as long as mata puteh dia tak merah , itu bukan sakit mata namanya .

Search punya search kat internet . Rupenya badannya panas dalam . Ade banyak solution sebenarnya , tapi aku buat yg 3 ni je :
  • titiskan susu badan kat mata dia everytime menyusu
  • bagi minum air masak banyak²
  • bersihkan tahi mata guna air suam
Bab titiskan susu badan n bersihkan guna air suam tu mmg no problem . Yg problemnya nak kasi dia minum air masak . Phewww ~ Jenuh bersilat dengan dia tau . 

Kalau kasi guna botol , dia kemam puting botol tu . Kalau kasi guna sudu pulak , abeh disembur²kannya air . Atas nasihat blogger ANEZ, last² kitorg beli sippy cup
pic credited to www.lalaling.com

Alhamdulillah . Mau jugaqlah dia minum walaupon 2 / 3 teguk . Jadilahhhh . Thanks ANEZ =)
 
~~ thanks for reading \(^_^)/

November 9, 2013

Am I A Superwoman?

Assalamualaikum uols 

Lamenyer daku tinggalkan blog ni keseorangan . Lebih dari seminggu dah rasenyer .

Minggu lepas mmg minggu yg paling busy . Keje belambak kat opis . Kene siapkan drawing projek baru .


Kalau tak silap , aku start buat drawing tu hari khamis . Then jumaat pon ofcoz tak siap lagi . Bawak pulak balik rumah sebab jumaat sampai selasa tu aku cuti . Then khamis dah nak kene submit , phewww ~

Yg lawaknya , bawak balik rumah pon still tak sempat nak siapkan 100% . Haha !

Dah tu , si kecik tu jap² nak susu la , poo² la , nak ajak main la , nak tido la . Pfttt ! 

Memang mencabar rasenya bawak balik kerja opis kat rumah lepas kawen ni . 1st time ni lepas kawen aku bawak balik kerja opis kat rumah . Haha !

Terus TER feeling superwoman sebab time tu lah nak buat kerja rumah , time tu lah nak buat kerja opis , nak jaga anak lagi , nak layan suami lagi . Hahaha ~ [oppsss !]


Mcm superwoman je . Superwoman ke ? Mcm perasan je . Perasan ke ? Haha ! Okbai ~

~~ thanks 4 reading tis \(^_^)/

 

Copyright © p i n k v e l v e t. Designed by Whitey Mommy