September 13, 2017

Minggu Diet Izz Iman Kaisa

Assalamualaikum readers


Alhamdulillah rezeki susu utk anak ketiga ni dimurahkan . Unexpected sebenarnya tau

Masa Rania dulu aku fully breastfeed jugaq sampai pregnant Kaisa , tapi time tu stok susu cukup² makan je . Pam harini utk guna esoknya je

Ye lah , time tu ilmu masih tak cukup . So lepas je beranak Kaisa haritu , aku terus gali lagi ilmu penyusuan dgn niat mudah²an berjayalah fully breastfeed lagi , Amin~


Ni stok terkumpul sampai harini , +/- 600 oz . Alhamdulillah~

Gigih sangat tau siap kira pakai excel , haha..!

Actually bukan ape , senang nak tengok stok in out sebab kalau nak pergi punggah stok kat chest freezer tu sesatu memang bole migraine sebab dah sendat mendat

Sampai sekarang masih tak reti nak gayakan susunan dalam chest freezer tu 

Ok abaikan pasal tu..! Actually sekarang aku tengah susah hati ni sebab si kecik ni DIET minggu ni

Cikgu nursery bagitau sekarang dia reject EBM , minum pon sekadar utk lepas dahaga je

Kalau 1st week haritu ok je minum . Habis sebotol setiap kali minum . Ni dalam 1oz gitu je paling banyak dia minum 

Pastu balik rumah kemain nak balas dendam , mengempeng je kejenya . Ehhh , tak payah tunggu balik rumah pon , dalam kereta lagi dia dah melalak nak nenen , haha..!

Semoga cepatlah habis fasa ni and accept EBM balik sebab time Rania dulu pon macam ni gaq , dalam 2 weeks gaq lah baru nak ok *sobs sobs*

Doakan ye korang..! Amin Amin Amin~

Thanks & Best Regards ,

September 12, 2017

#JalanJalan : Cameron Highlands 2017

Assalamualaikum readers

Macam biasa , setahun sekali mesti kitorg akan pergi holiday kat cameron highlands . Dah tu , itu je tempat percutian bajet kannn , haha..!

Actually pergi sane bukan sebab nak berjalan sangat pon . Tapi sebab nak merasa angin sejuk pulak . Asyik merasa panas laut je hari²

So , sempena meraikan "merdeka" tempoh berpantang aku haritu , marilah kita panjat cameron highlands 

Kitorg booking Rumah Peranginan Persekutuan . Kebetulan sangat weyyy tarikh yg kitorg nak tu ade kosong . Kalau tak memang bercinta la nak booking situ , manjang full house je

Kitorg book bilik . 1 malam RM50 je . Bilik pon bukan cikai² tau . 1 katil queen + 1 single . Biliknya tu memang luas gilerrrr

Ade petiais , iron + iron board , cerek letrik utk masak air , kabinet almari yg super besar + luas . Siap ade balcony jugaq tau . Tapi yg tak bole blah , siap ade econ . Kalau ko sejenis kulit biawak , maybe ye ko akan memerlukan econ tu , haha..!

Kebetulan kitorg pergi sane memang cuaca tengah sejuk . Musim hujan pon ye jugaq


So , memang banyak lepak bilik je menikmati cuaca sejuk drpd keluar berjalan . Berjalan pon semata pergi Bharat Tea je , haha..!


Pergi dengan mertua aku haritu . Ye lah , bukan nak pergi honeymoon pon kan
#Ehhh 



See..! Selesa gila rumah persekutuan ni . WAJIB repeat lagi nanti 

p/s : post ni adalah post yg diperam a.k.a post malas *malas nak edit gambar* , makanya asalkan ade je lah ye utk kenangan , hikhik ~

Thanks & Best Regards ,

September 8, 2017

Merawat Kesihatan Dalaman Dengan Ubat Periuk

Assalamualaikum readers

Walaupon aku dah habis pantang and dah 77 hari dah pon harini , aku masih lagi menitikberatkan hal penjagaan kesihatan dalaman aku

Salah satu caranya adalah dengan consume ubat periuk


Bila tengok ubat tradisonal macam ni mesti ramai yg kerut² dahi mengenangkan ubat ni mesti pahit takpon kelat kan ?

Yes..! Aku pon macam tu mula² haritu . But guest what ? Ubat periuk ni seriously tak pahit or kelat langsung . Rasa macam teh o takde gula tu je , haha..!

1 paket ni tahan utk 10 hari . Mean rebus sampai mendidih pastu minum . Pastu panaskan balik , minum , panaskan , minum and seterusnya selama 10 hari . Gituuuu ~



Apa benefit yg aku dapat lepas consume ubat periuk ni ?

Badan terasa ringan sebab asyik keluar angin and melancarkan proses "membuang" *oppss , plz excuse me*

Actually ubat periuk a.k.a ubat piok jenis ni bole dapat drpd Kak Kabu


1 Pek RM17 (exc postage) utk kegunaan 10 hari.

Kandungan :

• Bidara putih
• Sepang dara
• Bunga cangkok
• Sambiloto
• Misai kucing
• Kayu sepang
• Kederang
• Dan banyak lagi



Cara pengambilan :

- Rebus sepeket ubat piok SEPERIUK air hingga didih (x bole rebus separuh2 sbb dalam tu ada byk herba)
- Minum 2x sehari.. secawan pagi, secawan malam
- Lebihan air dlm periuk biarkan tetap dlm periuk dan JANGAN simpan dlm peti ais.
- Bila nak minum, terus panaskan
- Kalau air kurang, refill je sampai 10 hari
- Tak boleh rebus cuma sekali dan buat stok berbotol2. Sebab setiap rebusan akan keluarkan lebih byk pati.

• Berpantang normal / czer / keguguran, ambil 3 cawan sehari


❌ Tak Boleh di ambil oleh :

- Mengandung
- Breastfeed mom pada G6PD baby
- Sakit kronik yg perlu pantauan doc sentiasa
- Kanak2 yg belum akil baligh atau bawah 16 tahun

✅ Boleh di ambil oleh :


- Anak dara
- Bakal Pengantin (lelaki perempuan)
- Suami Isteri
- Mak ayah yg dah uzur yg sakit2 sendi
- Wanita yg TTC (try to conceive utk ikhtiar hamil)
- Wanita yang tidak berpantang
- Bersalin CZER
- Period x regular
- Kencing Manis / Darah Tinggi / Gout
- Peranakan jatuh
- Sakit tumit
- Breastfeeding Mom
- Dan spt yg tertera di poster khasiat ubat periuk (warna purple)

Kelebihan :


- x pahit
- ini adalah HERBA dan bukan jamu. jadi ubat piok x panas.. sbb tu bf mom boleh ambil


💡Tips :

- jika masih x boleh telan ubat periuk, JGN BUANG. anda boleh campur air masak hingga rasa dia mild / cair / hingga anda boleh minum air rebusan ubat piok tu. boleh ikut sukatan dlm mug - 1 senduk pati, 3 senduk air masak.


- Jika x boleh jugak telan, boleh ambil alternatif Kapsul Rempah RM60 (60 biji / sebulan) dan makan 2 biji sehari waktu pagi.
Sgt sesuai utk org yg busy sbb xde masa nak rebus2, senang bawak travel / balik kg / bercuti. Ada jugak yg beli ubat piok 2 jenis. Yg rebus utk kegunaan di rumah, yg kapsul utk standby balik kampung beraya atau travel..


- Jika suka pada rasa strong herba, boleh cuba Maajun RM50 (30 biji / sebulan) dan makan sebiji sehari waktu pagi. Tapi Maajun PAHIT!


- Maajun, Kapsul Rempah & Ubat Periuk adalah dr bahan yg sama, khasiat yg sama, cuma di buat pelbagai bentuk untuk memudahkan semua golongan utk amalkan ubat piok.




Nampak tu kemain banyak manfaat yg kita bole dapat if kita consume ubat periuk ni tau

Kak Kabu siap bagi 3 alternative utk consume ubat periuk ni , so no more alasan utk yg betul² nak jaga kesihatan dalaman ok..!

Owh btw , Kak Kabu ade jugaq jual :

1. Mandian Serum untuk mandian dalam pantang RM25/pek utk 5x mandi

2. Manjakani Serapat untuk wanita yg berkahwin dan boleh dijadikan masker (RM30 / 30biji / 15 hari). 300% tiada campuran dan hanya ada herba Manjakani & Akar Serapat shj. digalakkan ambil dgn ubat piok utk kesan yg Umph! Bf mom boleh ambil.


3. Tongkat Ali (RM35 / 30 biji / 15 hari). 300% dari akar tunjang Tongkat Ali dan lebih berkesan dari kopi 3 in 1 campuran tongkat Ali yg cuma ada berapa persen je ekstrak tongkat ali.
- tongkat ali bole di ambil lelaki dan perempuan
- bf mom boleh ambil
- utk wanita yg dah hilang rasa enak bersama suami (mati putik), boleh ambil tongkat ali utk kembalikan semula rasa bahagia rumah tangga


Senang cite korang pergi je terjah IG Kak Kabu : KekabuOnlineDotCom , request follow pastu terus terjah ratusan testimoni under hashtag #FeedbackUbatPiokKakKabu

Thanks & Best Regards ,

 

Copyright © p i n k v e l v e t. Designed by Whitey Mommy