April 26, 2017

Rentetan Kisah Mesin Basuhku

Assalamualaikum readers

Haritu aku ade cerita pasal mesin basuh aku merajuk kan ? {Refer SINI}

So , jumaat lepas mesin tu memang betul² menguji kesabaran kitorg . Langsung taknak spin . Terpaksa perah kain manual :'(

Itu takpe lagi , yg lebih geramnya , kesan sabun kat kain² semua tu pon still ade lagi tau , pffttt..!

Makanya , petang tu jugaq kitorg pergi survey² mesin baru . Hari sabtu pon sambung survey lagi . Ade lah total dekat 7-8 kedai kitorg pergi survey , haha..!

Kalau ikut budget , cadangnya nak ambik mesin basuh jenama sharp , 11kg . Harga dalam RM12++

Tapi tu lah , dah namanya rezeki kot . Kitorg sajelah masuk COURTS , husband siap cakap "jom try masuk sini pulak , ni last kedai , saje nak tengok² je"

Rupanya bukan saje² nak tengok , rezeki kitorg memang dah tertulis kat situ , hikhik~


Samsung model baru , 16kg . Warranty motor 11 tahun . Harga offer RM16++ drpd RM26++ . Dapat less RM1000 sebab display punya , bezanya cuma tak dapat kotak je , lain semua memang tip-top , takde calar , takde kemek Thumb Up (y) Like Facebook Emoticon

Dapat lagi less 10% dengan steam iron free . So total around RM15++ . Alhamdulillah , syukur sangat . Tak pernah bayang pon dapat pakai mesin basuh 16kg tau , haha..!

Actually mesin basuh lama kitorg tu pon jenama samsung gaq . Warranty motor 5 tahun . Habis je 5 tahun memang kiok terus :'(

Beza samsung model baru dgn lama adalah warranty motor . Yg model lama memang 5 tahun je , yg model baru 11 tahun tak kisah berape kg pon


Pastu model baru dia add on sink ni . Kalau nak memberus kain contohnya macam kat area collar ke , lengan baju ke , haaa berus je kat sink ni , siap ade button water jet Thumb Up (y) Like Facebook Emoticon


Now nak basuh segala toto tu pon dah tak payah pergi dobi lah gamaknya , hikhik~

Alhamdulillah , rezeki mak buyong kot ni :)

Thanks & Best Regards ,

April 25, 2017

Jom Beli Tiket Penerbangan Murah dengan Traveloka

Assalamualaikum readers


Dalam keadaan ekonomi yang kian mencabar pada masa kini, mesti ramai diantara kita yang sedang sibuk membanting tulang dan bertungkus lumus bekerja tak kira masa demi mencari sesuap nasi kan? Ceewah, ayat tak boleh blah, hahahaha.
Tapi seriously, itu adalah hakikat yang harus kita terima dan tempuhi walaupun pahit untuk kita semua terima. Sampaikan ada yang sanggup korbankan masa bercuti untuk diri sendiri ataupun bersama family agar dapat berjimat cermat. Lagi-lagi nak bercuti ke tempat yang memerlukan korang untuk pergi ke destinasi dengan menaiki kapal terbang, lagi la mengeluh kan? Dengan harga tambang yang mahal lagi.
Oleh itu, jangan risau saudara saudari, kini semuanya tidak lagi menjadi halangan dengan adanya traveloka.com!
Baiklah pada mereka yang baru first time nak cuba try test booking tiket penerbangan dengan menggunakan traveloka ni, begini caranya.
First things yang korang kena buat ialah log in traveloka ni dulu [LINK], lepas tu klik pada tempahan untuk tiket penerbangan ataupun Bahasa English nya ialah ‘flight’, and then, korang kena pilih tarikh penerbangan yang korang plan nak pergi. Bukan itu sahaja, korang kena pilih jugak nak one way trip ataupun round trip, jangan lupa nyatakan juga berapa orang yang akan turut serta pada hari kejadian, dan kalau ada yang bawa kanak-kanak pun sila nyatakan, pastu klik pada ‘search flight’.

Next, skrin akan memaparkan pelbagai jenis syarikat penerbangan yang available pada tarikh yang korang set awal-awal tadi, bukan tu sahaja tau, terdapat pelbagai jenis harga yang ditawarkan mengikut latest promotion yang diberi. So, tugas korang ialah pilih sahaja waktu penerbangan dan harga tiket mengikut bajet dan kemampuan korang.
Sudah selesai semua tu, korang dikehendaki mengisi maklumat penumpang dan settlekan pembayaran. Selepas 60 minit korang buat pembayaran, korang akan dapat notification about e-ticket through korang punya email. Mudah bukan?
Senang cerita, traveloka memang akan memudahkan kerja korang untuk membuat tempahan tiket kapal terbang dan membuat tempahan mengikut apa yang anda perlukan tanpa ada sebarang charge yang tersembunyi.

Bukan itu sahaja, dengan menggunakan traveloka, korang boleh membuat pilihan penerbangan mana yang selesa dan memenuhi kehendak korang, lebih-lebih lagi bagi mereka yang terikat dengan bajet dan ingin berjimat cermat, traveloka adalah jawapannya!

Selain itu, traveloka juga menawarkan perkhidmatan untuk menempah hotel dan penerbangan sekali gus, jadi korang tak payah la serabut memikirkan mana nak booking flight dan hotel secara berasingan, sekali harung kan senang.



Dan yang paling best sekali apabila korang buat tempahan through traveloka, tak kira lah tiket flight ataupun hotel, ianya sentiasa menawarkan harga yang termurah dan terendah. Nak lagi best, korang kena la create account and login, hal ini kerana traveloka akan menawarkan special flights and hotel prices just for member.

Istimewanya traveloka ni, seperti yang saya nyatakan tadi, tiada charge yang tersembunyi, apa yang dipaparkan, pada harga itu lah yang korang akan bayar. Mana tidak nya, dengan zaman yang mencabar ni, macam-macam taktik yang mereka gunakan untuk menipu pengguna, yang menjadi mangsanya ialah kita. Jadi, dengan menggunakan khidmat tarveloka ni, korang tak perlu risau, semuanya dijalankan secara telus dan transparent.



Selain daripada itu, traveloka juga menyediakan khidmat bantuan 24/7 tau. So, kalau korang perlukan bantuan, jangan risau, korang boleh try reach customer service menerusi tiga cara, iaitu menerusi email, phone dan live chat.

Bagi memudahkan kerja korang lagi, korang boleh dapatkan aplikasi traveloka sekarang di smart phone korang.


 


Bila terasa nak booking tiket flight ataupun nak buat tempahan hotel, terus jep gunakan aplikasi traveloka ni, tak payah la bersusah-susah ambik masa nak guna laptop baru boleh buat tempahan. Come on guys, sekarang maklumat sudah ada di hujung jari sahaja, apa gunanya ada smart phone tapi tidak menggunakan dengan baik kan?


More info pasal traveloka ni korang boleh check it out kat :

Website : https://www.traveloka.com/ms-my/
Facebook : https://www.facebook.com/TravelokaMY
Instagram : https://www.instagram.com/travelokamy/
Twitter : https://twitter.com/TravelokaMY

Ok guys, semoga artikel ni sedikit sebanyak dapat membantu dan memberi korang option untuk membuat tempahan tiket flight pada masa akan datang. Akhir kata, selamat bercuti dengan cara yang bijak!

Thanks & Best Regards ,

April 19, 2017

Happy Belated Birthday #NazeefMuslim

Assalamualaikum readers


12 April haritu birthday Nazeef yg ke-4 , tapi mamanya ni baru harini teringat nak update dalam blog , haha..!


Ni status facebook aku masa b'day dia haritu . Tak bole nak taip balik sebab nanti basah lagi keyboard ni , haha..!

Tapi betul , dia memang very understanding sekarang , nak² pulak time aku tengah memboyot sekarang ni , syukur Alhamdulillah

Rajin potpet - potpet pon ye jugaq n ofcoz his never ending questions , haha..!

Alhamdulillah , dah besar dah anak sulung mama ni . Semoga terus membesar dengan sihat , menjadi anak yg soleh and berjaya dunia akhirat sayang . Mama love u soooo much Emoticon Blowing A Kiss

Celebrate b'day dia simple² je . Konsep asal adooo namanya ni , hikhik~

Kitorg hadiahkan dia foldable 3 wheel scooter . Macam biasa , si adek pon WAJIB dapat jugaq , haha..! Beli 2 RM70 inc pos kat LAZADA


Nazeef punya warna biru , Rania punya warna pink . Tapi adeknya tu tak pandai main lagi , dia pegi duduk terus atas tu sambil tolak² guna kaki , pon bolelah nakkk , haha..!

Pastu pergi rumah my parents , his uncle n aunties bagi presents lagi ...


Memang habis hatilah namanya ni , hehe~

Thanks & Best Regards ,

 

Copyright © p i n k v e l v e t. Designed by Whitey Mommy