September 27, 2016

#JalanJalan : Pulau Pangkor 2016

Assalamualaikum readers

Minggu lepas tetibe rasa macam nak pergi holiday tido hotel bawak anak²

Paling senang n paling budget adalah PULAU PANGKOR , haha..! Sebab ape ? Sebab 10 minit je dari rumah aku nak pergi jetty marina n another 10 minit terus sampai pangkor :)


Ye..! Ramai yg still tak tahu . Kalau nak pergi pangkor better naik kat jetty MARINA ISLAND [LINKsebab 10 minit je dah sampai pangkor . Kalau drpd jetty lumut mmg tumpo , 40 minit gitu baru sampai , pffttt..!

Tiket pergi balik dewasa RM10 , kanak² atas 4thn RM5 . Time ferry dia gerak senang je , drpd marina ke pangkor pakai angka genap dari pukul 8am , 9am , 10am n so on sampai 8pm . Kalau nak balik pulak angka 8.30am , 9.30am , 10.30am sampai 7.30pm :)


Anak aku ni memula excited kemain , sekali bot sampai dedua pon penakot , kahkah..!

Macam biasa , kalau sebut je nak bermalam kat pulau pangkor memang kitorg akan pilih Puteri Bayu Beach Resort kat Pasir Bogak . Actually area Teluk Nipah pon ok , tempat lepak n makan banyak pilihan , tapi crowded sangat . I is cepat runsing :P

Kitorg check-in Ahad . Memang pergi gamble je , takde booking² pon sebab dah tahu mesti tak ramai org , haha..! Ambik standard room RM140 1 malam inc b'fast . Gambar hotel memang malas nak ambik , tapi pernah review kat post sebelum ni [LINK]


Seperti dijangka , memang tak ramai org . Makanya mari buat pool ni macam kami yg punya , haha..! Maknya ABC , kalau tak dah lama terjun sekali , kahkah..!


Habis pool kita ke pantai pulak . Actually anak² aku ni penakot tau . Suruh mandi pool pon takut . Bawak pergi pantai lagilah dorang taknak , siap ajaq balik rumah . Ko rasa ? Urut dada je maknya ni tau , haha..!

Dah agaq 'panas enjin' sikit barulah Nazeef mau mandi pool n pantai , tp dia lagi prefer pool dari pantai . Aku syak dorang takut bunyi ombak tu kot . Rania memang nan-hado je lah , baik pool ke pantai semua pon dia taknak , pffttt..!


Malam tu pergi makan area situ² jugaq pastu round² naik motor . Owh btw , kitorg sewa motor , RM25 per day . Kalau nak sewa kereta RM80 per day . Kalau taknak sewa pon bole , ade je van dorang sediakan , tapi RM10 per kepala :P


Esoknya pepagi lagi kitorg dah cabut . Pukul 12 dah selamat ade kat rumah , haha..! Ye la , memang niat nak pergi holiday je , bukan nak shopping or jenjalan kannss . Lagipon kitorg memang org sini :)


Tanya bebudak ni , nak pergi lagi tak pangkor ? Nak naik bot lagi tak ? Dorang cakap "TAKNAK" , haha..!

Thanks & Best Regards ,

September 19, 2016

#JalanJalan : Pusat Pengurusan Penyu Segari

Assalamualaikum readers

Semalam on the way balik drpd Taiping umah mertua aku , kitorg singgah jap kat pusat pengurusan penyu segari

Tapi sekarang dah tak panggil PUSAT PENGURUSAN PENYU lagidah tau , panggil PUSAT KONSERVASI DAN PENERANGAN PENYU


Kalau ikutkan waktu melawatnya pukul 10am sampai 12.30pm je , pastu sambung balik pukul 2pm sampai 5pm

Tapi semalam kitorg sampai sana ngam² pukul 12.30pm , sajelah nak cuba naseb kan , rupanya memang tak tutup pon , taktau la sebab cuti sekolah ke ape kan :)



Besar² penyunya , yang paling besar ade kat tengah² kolam tu , statik je dia kat situ macam batu , haha..!

Kids memang enjoy . Tapi takut² jugaq tu . Nazeef siap menjerit nak turun time penyu tu berenang dekat kitorg pastu penyu tu keluarkan kepala time ambik nafas kot *KOT JE TAU , HEHE..!


Next InsyaAllah kita pergi zoo pulak ye kids ;-)

Thanks & Best Regards ,

September 14, 2016

1st Time Layan Cerita Zombie

Assalamualaikum readers

Memandangkan sekarang tengah HOT sana sini org dok cakap pasal movie ni ...

Train To Busan

Makanya ahkak pon taknak lah ketinggalan

Ahkak tengok online saje [LINK] . Kalau tetibe link ni tak bole bukak ko jangan salahkan ahkak ye , maybe dah kene block letewww :P

Thanks kat korang yg sudi share link tu sebab kalau nak harap ahkak pergi wayang memang jauh sekali , dah berzaman dah pon tak jejak kaki kat wayang *sobs*

Nak tunggu tayang kat astro first pulak lagi sadis sebab rumah ahkak dah lama say goodbye kat astro , hikhik..!

So far movie ni memang recommended sangat . Tak seram tapi debor dia lain macam . Sedihhh of coz :'(

Owhhh , mengundang carutan pon ye jugaq dekat si tua yg selfish tu , haha..!

Bole tengok trailer dia kat sini ...


Thanks & Best Regards ,

September 9, 2016

1st Time Shopping Kat 11st

Assalamualaikum readers

Dengarnya page 11st lagi 'berhantu' drpd LAZADA ye ? Hikhik ~

Saje godek² page 11st aritu , rupanya memang betul 'berhantu' . Banyak jugaq barang yg jauh lagi murah drpd lazada

Bahaya..! Bahaya..! :P

click picture to the direct link

Kebetulan aku memang tengah mencari penimbang digital . Makanya ... Hehehe


Best tau . Dah la murah , RM26 FREE POSTAGE . Besar pulak tu , 33cm . Siap ade thermometer walaupon tak penting , haha..!

Yg paling penting , memang ACCURATE sangat . Ni aku test pakai berat dumbbell :)

Service 11st pon memang puas hati sangat . Harini order , harini jugaq dorang pos n esoknya dah sampai depan rumah . Kagum betul aku 

Ehh btw , ni bukan post yg dibayar utk promote 11st or nak kondem lazada tau . Sekadar pengalaman sendiri je :)

#MisiBuangKG masih diteruskan walaupon pagi tadi timbang macam naik pulak beratnya sedangkan minggu ni langsung tak cheat n exercise pon hari² tau *sobs*

Thanks & Best Regards ,

September 5, 2016

Supplement Kurus : Centa Svelte Slender Jelly

Assalamualaikum readers

Pernah dengar tak pasal JELLY yang mampu membantu dalam proses penurunan berat badan ?

Dah la tersangat sedap . Mampu pulak bantu mencegah pembetukan lemak dalam badan , mengurangkan tahap kelaparan dan mengawal tahap kolestrol n blood sugar

Wahhh..! Kagum sangat . Produk ape tu ?

CENTA SVELTE SLENDER JELLY | ACAI BERRY

Produk ni dirumuskan oleh Swiss Biotechnologies International in Genva, Switzerland . Telah mendapat pengiktirafan International Quality Standard dan memenangi double gold medal Geneva Inventions 2011 dari segi inovasi dan formulasi


Kebaikan CENTA SVELTE SLENDER JELLY :

- membakar lemak
- mencegah pembentukan lemak
- meningkatkan metabolisma
- menguatkan imunisasi
- mengurangkan tahap kelaparan
- membuang toksin
- tiada bahan pengawet
- bebas gelatin
- menggunakan bahan² semulajadi


Produk ini mengandungi Garcinia Cambogia untuk mencegah pembentukan lemak dan mengurangkan tahap kelaparan . Purple tea yang merupakan antioksida yang terbaik dikalangan teh .  L-Carnitine untuk membantu membakar lemak , Baby Citrus Fruit untuk meningkatkan metabolisma dan Acai Berry yang merupakan aktioksida tinggi untuk mengurangkan tahap kolestrol


1 kotak ade 20 sachets . Sehari makan 2 , 1 sachet sebelum breakfast n 1 sachet sebelum dinner . Digalakkan minum air 300ml setiap 1 sachet . Lepas dah buka je sachet tu terus kene makan jelly tu immediately tau


Sesape yg tengah on medication or mengandung kene mintak nasihat doktor dulu ok..!


Sedap sangat . Rasa berry . Macam tak cukup pulak makan 1 paket je , hikhik..! Tapi serious , memang tak lapar tau makan jelly ni . Patot la dia cakap MAX EFFECT 24HRS - BURN , STOP , REDUCE :)

Untuk maklumat lanjut bole layari FB CENTA MALAYSIA 
Produk ni bole didapati di Guardian / Watsons dgn harga RM95.30

Thanks & Best Regards ,

September 1, 2016

Bersauna Di Rumah

Assalamualaikum readers

Woot ~ Woot ~

Minggu lepas iols baru lepas sambar portable sauna kat lazada #DemimuKurus :p


Kebetulan tengah offer time tu , RM245 dapat portable steam sauna tent , evaporator , foldable chair , wooden foot massager , steam herbal , essential oil n hot slimming cream

Pastu dapat pulak lagi voucher LAZADA RM50 + RM12.25 , memang hip-hip hoorey je lah aku jawabnya :D

Actually sauna ni bagus tau , bukan utk kurus je semata

Menggantikan aktiviti berjogging dan bersenam.
Membakar lemak dari luar dan menurunkan berat badan secara teratur.
Menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin.
Menyingkirkan toksik badan melalui peluh.
Mengurangkan sinus/resdung dan jerawat.
Membersihkan kulit dan kelihatan segar, halus dan licin.
Menghaluskan kulit. (Tips menghaluskan kulit, lakukan lulur/scrub badan selepas anda bersauna. Hasilnya kulit anda akan bertambah halus dan gebu.)
Menghilangkan kesakitan sendi, arthritis, urat dan sengal-sengal badan.
Membantu masalah sukar tidur.
Menjadikan badan terasa lebih ringan dan bertenaga.
Sangat baik untuk wanita yang baru lepas bersalin bagi menggantikan tangas
Meningkatkan kadar metabolisme.
Bersauna selama 15 minit membakar 400-600 kalori. Aerobics selama 30 minit membakar 400 kalori. Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori. Berbasikal selama 30 minit membakar 250 – 500 kalori. Jogging selama 30 minit membakar 300 kalori.

Pengalaman aku bersauna selama 2 hari , tapi aku mampu buat 15 minit je lah , panas weyyy , itupon dah tiktiktik peluh macam air hujan tau , haha..! Hasilnya , I've loss 1kg , yeayyy :)

Ehh , tapi exercise tetap kene buat tau , itu bagus utk jantung . Macam aku sblm pergi kerja wajib exercise dulu {Refer LINK ni} , belah malam baru sauna

Semoga jarum penimbang semakin kekiri lepas ni , Aminnn . Hikhik..!

Progress so far :
21/03/16 : 70kg
01/09/16 : 56kg

Thanks & Best Regards ,

 

Copyright © p i n k v e l v e t. Designed by Whitey Mommy