January 19, 2016

Hukum Menggantung Gambar Di Dalam Rumah

Assalamualaikum readers

Astaghfirullahal’adzim .. Astaghfirullahal’adzim .. Astaghfirullahal’adzim ..
Aku meminta ampun pada Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup lagi Maha Berdiri Sendiri, dan aku bertaubat kepadaNya

Aku baru tau pasal hukum menggantung gambar makhluk bernyawa kat dalam rumah (gambar kahwin , newborn , gambar konvo etc) adalah HARAM !

Makanya , marilah cecepat kita bungkus semua gambar tu simpan saje


Menggantung gambar manusia atau binatang di tempat yang dipandang mulia untuk dijadikan perhiasan seperti digantung di dinding atau dijadikan kain langsir, maka hukumnya adalah haram. Manakala jika sesuatu yang terdiri daripada gambar manusia atau binatang, dijadikan hamparan atau alas, iaitu tempat yang bukan dimuliakan, maka hukumnya tidak dilarang.

Imam al-Nawawi menjelaskan dalam kitabnya ‘Syarah Sahih Muslim’ (jil. 14, hlm. 81-82), “Menggunakan sesuatu yang terdapat padanya gambar binatang, jika ia digantung pada dinding, atau gambar itu dicetak pada pakaian, atau serban, atau selainnya, iaitu diletak gambar itu di tempat yang dianggap mulia, maka hukumnya adalah haram. Sebaliknya, jika sesuatu yang terdapat padanya gambar binatang, dijadikan alas tempat duduk, atau dijadikan hamparan, iaitu pada tempat yang tidak dianggap mulia, maka hukumnya tidak haram. Ini adalah ringkasan pendapat mazhab al-Syafi’i dan ia juga pendapat majoriti ulama’.” Gambar binatang ini termasuklah gambar makhluk bernyawa, termasuk gambar manusia. Manakala jika gambar tidak bernyawa seperti pokok, batu, atau sungai, maka gambar tersebut tidak dilarang daripada digantung di dinding (Abdul Karim Zaidan, Mufassal fi ahkam al-mar’ah, jil. 3, hlm. 464)

Dalilnya: Aisyah melaporkan, “Pada suatu hari, Rasulullah SAW pulang daripada perjalanan. Ketika itu saya ada menggantungkan kain langsir yang padanya ada gambar binatang. Apabila Rasulullah SAW melihat kain langsir itu, baginda tidak suka melihatnya, lalu bersabda, ‘Manusia yang paling teruk menerima azab Allah pada hari kiamat kelak ialah orang yang berbangga-bangga dengan makhluk Allah.’ Aisyah berkata lagi, ‘Lalu kami potong kain langsir itu dijadikan alas.” Hadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari dan Muslim.

Jika menggantung gambar foto manusia di rumah adalah dilarang, apatah lagi jika ia digantung di kawasan masjid. Maka hukumnya juga adalah haram. Ini sekiranya gambar itu digantung untuk tujuan perhiasan. Namun sekiranya gambar foto yang ditampal di dinding untuk tujuan makluman, seperti menampal banner penceramah jemputan yang padanya ada gambar penceramah, maka ia tidak dilarang, kerana ia bukan untuk tujuan perhiasan.

Wallahua'lam.

-Sumber : e-Fatwa-

Thanks & Best Regards ,

4 Criticism:

Munirah Rafiuddin said...

kat dalam rumah memang langsung takde gantung gambar...just hias dinding dengan wallpaper & cermin je

mrs kayrul said...

Alamak..ada gantung gambar gak la...nampaknya kena turunkan tu...

Unknown said...

saya paling tak suka gamtung gambar dalam rumah sebab tak larat nak lap habuk.rumah saya ni habuk kemain banyak..bunga2 pun tak de dalam rumah.tak kuasa nak lap selalu.

Yatie Lee said...

Haram eh?! Adududu.. ada 1 frame je setelah sekian lama kawen. Hihi.

 

Copyright © p i n k v e l v e t. Designed by Whitey Mommy