April 28, 2015

Fenomena SUN HALO

Assalamualaikum readers

Subhanallah ~ First time harini tengok fenomena sun halo ni ...

Khamis (28 April 2015) ; 1.47pm 
Manjung , Perak

Apa tu fenomena sun halo ?
Halo adalah fenomena semulajadi yang berupa lingkaran cahaya di sekitar Matahari atau Bulan, dan kadang-kadang juga boleh berlaku pada sumber cahaya lain seperti lampu jalan.  Ada berbagai jenis halo tetapi secara umumnya halo muncul disebabkan oleh kristal ais pada awan cirrus yang sejuk yang berada pada ketinggian 5 hingga 10 kilometer di lapisan atas troposfera.  Bergantung kepada bentuk dan arah kristal ais, cahaya matahari dipantul dan dibiaskan oleh permukaan ais yang berbentuk prisma sehingga sinaran matahari menjadi terpecah kepada beberapa warna kerana kesan sebaran udara dan dipantulkan ke arah tertentu, sama seperti kejadian pelangi.
Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati apabila ingin melihat atau merakamkan gambar halo secara terus tanpa menselindungkan matahari itu sendiri kerana ia akan memberi kesan yang merbahaya kepada mata.
Sumber : http://www2.angkasa.gov.my/

Thanks & Best Regards ,

 

Copyright © p i n k v e l v e t. Designed by Whitey Mommy